Adverts

Saturday, December 31, 2011

Program Persediaan Pra-Diploma


Satu poster sempat disiapkan dalam masa satu hari semalam. Alhamdulillah, selesai tepat pada masanya. Saya ada terlihat satu gambar poster di Google images dan menggunakan ia sebagai rujukan dalam membuat poster tersebut.

Mengenai program tersebut, Minggu Haluan Siswa Pra-Diploma akan berlansung pada 7&8 Januari 2012 iaitu sabtu dan ahad. Pra-Diploma akan menjalani pembelajaran sementara di UTHM dalam masa beberapa bulan. Oleh itu, KDKK memerlukan 35 orang fasilitator secara sukarela untuk menyertai program tersebut. Penyertaan adalah terhad, first come first serve.

Anda berminat sekali lagi untuk menjadi Fasilitator ?
Anda Ingin memberikan komitment masa panjang pada Universiti ?
Mahu turut melibatkan diri dalam Program Persediaan Pra-diploma UTHM?

Pihak kami memerlukan 35 orang sebagai fasilitator merangkap mentor kepada para pelajar Pra-Diploma. Hantarkan butiran lanjut anda dalam format berikut kepada Irna Irna Syafiqah Za'abar dan Adam Hamizan atau emelkan kepada irnasyafiqahzaabar@gmail.com dan verex.18@gmail.com:

NAMA:
NO MATRIK:
NO IC:
NO HP:
PROGRAM YANG PERNAH DISERTAI (sekurang-kurangnya 3):
FAKULTI:

Pemohon yang disenarai pendek AKAN DIHUBUNGI oleh pihak kami.
Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yg tertera.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Januari 2012.
Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Terima kasih :)

+6019-3911799 ( Irna )
+6012-7806531 ( Hamizan)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Tuesday, December 27, 2011

ICG Malaysia 2011


Iskandar Malaysia League of Cyber Games 2011 (ICG) ini akan berlansung sebagai penutup tirai pada tahun ini iaitu 29-30 Disember 2011. Kepada yang berminat untuk bermain DotA 2 boleh lah mencuba nasib dalam pertandingan ini. Selain itu, CS 1.6 turut dipertandingkan.'

Yuran pendaftaran juga serendah RM20 bagi setiap seorang ahli pasukan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web yang terdapat poster.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, December 24, 2011

Banjir oh banjir

Yep, cuti seminggu ini saya tak tahu na buat ape. Ade berita kurang menyenangkan di rumah sewa Politeknik Taman Bintang. Sekarang ini ia telah ditenggelami air, >.< Kalau esok hujan lagi, makin bertambah buruk lah keadaannya nanti. Harap-harap hujan sudah reda buat sementara waktu, >.< Peralatan elektrik sudah pun diletakkan di tempat yang tinggi sedikit dari lantai. Almari pakaian, beg, selimut, bantal dan sebagainya semuanya ditempatkan di bilik hadapan kerana peratus untuk air menyusuri bilik tersebut adalah rendah. Cuti seminggu saya hanya duduk di rumah sahaja, dan tidak dapat pulang ke kampung halaman. Saya nak pulang ke kampung! >.< 

  PANDUAN DAN LANGKAH MENGHADAPI BANJIR (PESANAN DARI PENAJA)

Persediaan Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Sebelum Banjir - Semasa Tanda-tanda Dikesan
1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
B5. eritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir - Semasa Perpindahan
1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan
1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
4. Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir

Semasa Banjir - Di Luar Rumah
1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6. Jangan minum air banjir.

Selepas Banjir
1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
1. Pakai kasut.
2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.


Wednesday, December 21, 2011

League of Legends


Saya tak tahu kenapa saya boleh berminat untuk bermain game League of Legends atau dikenali sebagai LoL ini. Game ini lebih kurang seperti Defense of the Ancients (DotA) yang selalu saya main. Tetapi, graphic dan video setting untuk LoL tinggi sedikit berbanding DotA.



Di atas ini merupakan beberapa gambar sebagai contoh untuk permainan LoL. Nampak seperti kartun sedikit grafik nya, tapi game ini lebih mudah berbanding DotA yang selalu saya main. Sementara menunggu DotA 2 yang akan datang pada tahun 2012, game LoL lah pengisi masa lapang saya.



Di atas ini pula ialah screenshot dari game DotA 2. Ia nampak lebih menarik berbanding game lain. Grafik 3D memberi kepuasan untuk bermain DotA 2 kepada semua pemain. Tidak sabar menunggu DotA 2 untuk dikeluarkan secara rasminya.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Monday, December 19, 2011

Malaysia Event Last Week


Dota 2 Malaysia Invitational telah pun berlansung dari 17 & 18 Disember 2011 iaitu Sabtu dan Ahad yang lalu. Pertandingan tersebut berlansung dengan jayanya di KLCC, Kuala Lumpur dan Orange eSports dari Malaysia telah pun memenangi pertandingan tersebut. Walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku, namun pertandingan tersebut dapat juga diakhiri dengan kejayaan pasukan Malaysia. Jadual perlawanan adalah seperti di bawah.

Tahniah atas kejayaan pasukan Orange eSports mewakili Malaysia dalam Dota 2.

Seterusnya, pada 17 & 18 Disember 2011 juga telah berlansung Garena Carnival Malaysia di Berjaya Times Square Theme Park, Level 7. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang dijalankan di sana. Antaranya ialah pertandingan HoN, LoL dan Blackshot dari Garena. Mari saksikan beberapa gambar yang diambil di sana.










Itu sahaja untuk post kali ini, sekian terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Friday, December 16, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Sumber dari Tazkirah

Wednesday, December 14, 2011

Not A Story

Pada hari Isnin yang lalu, saya telah mendapat panggilan dari ibu saya. Nenek saya jatuh dan kepalanya terpaksa dijahit, sudah sebulan saya tidak menjenguk nenek saya. Semalam ibu saya telah menjenguk nenek di kampung, saya harap nenek saya baik-baik sahaja T.T

Berharap sangat dapat pulang ke kampung semasa cuti semester nanti untuk melawat nenek, T.T tunggu kepulangan saya nenek.

Tuesday, December 13, 2011

Software Update


Page software telah diupdate dalam beberapa hari ini, terdapat beberapa software untuk kegunaan student Teknologi Maklumat. Saya akan cuba dapatkan beberapa software lagi terutamanya untuk kegunaan multimedia kerana terdapat beberapa assignment yang akan menggunakannya, sila KLIK SINI.

Saya juga sediakan bagaimana untuk install software tersebut jika anda tidak tahu cara untuk intall software tersebut. Jika terdapat sebarang permasalahan, anda boleh komen di blog ini ataupun tinggalkan aduan anda di chatbox di sebelah kiri.

Itu sahaja untuk post kali ini, tiada mood nak update panjang-panjang.
Assalamualaikum w.b.t.


Sunday, December 11, 2011

Galeri Gerhana Bulan (10 Disember 2011)


Segala gambar ini diambil dari Facebook Page Malaysia Lunar Eclipse. Jadi saya akan berkongsi beberapa gambar gerhana bulan yang telah diupload di page tersebut dan tidak lupa juga suasana di beberapa tempat mengambil gambar gerhana bulan tersebut.

Planetrium Negara, Kuala Lumpur



Kompleks Falak al-Khawarizmi, Melaka


Turutan Gambar Gerhana Bulan













Untuk download semua gambar di atas, anda boleh KLIK SINI. Untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai pelbagai gerhana bulan di Malaysia, anda boleh pergi ke page Malaysia Lunar Eclipse di Facebook. Credit to all photography in Malaysia Lunar Eclipse Page.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan (10 Disember 2011)


Pada 10 Disember 2011 (Sabtu) iaitu esok hari, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini dijangka akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Bagi umat Islam yang ingin menunaikan solat sunat gerhana bulan, sila Klik Sini untuk mengetahui cara-cara untuk menunaikannya.

Sumber dari Harian Metro Online.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Thursday, December 8, 2011

Software


Kepada rakan-rakan, page baru untuk Software akan disertakan dalam blog ini. Mungkin kerana seorang student iT, boleh lah saya kongsi sedikit pelbagai software untuk kegunaan anda semua. Namun, page ini masih dalam proses penyediaan.

Untuk review software tersebut, saya akan post di halaman utama blog ini. Untuk software melebihi saiz 3GB, harap maaf..saya tidak dapat membantu kerana perlukan masa untuk upload fail tersebut.. Harap ini dapat membantu kegunaan anda semua.

Jika ada masa kelapangan saya akan cuba upload sebanyak yang mungkin, kerana pada semester ini saya agak sibuk dengan assignment dan projek =.=" Minta maaf awal-awal.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Tuesday, December 6, 2011

Logo Baru YuNO eSports


Akhirnya dalam masa sehari siap juga logo terbaru untuk clan saya, YuNO eSports. Agak kekeringan idea dalam memilih design, tapi atas bantuan Adobe Photoshop akhirnya dapat juga ilham untuk membuat final design tersebut.

Saya juga sempat menyiapkan wallpaper desktop dalam dua jenis warna iaitu versi hitam dan putih. Warna tema untuk YuNO eSports adalah hitam oren, oleh itu warna ini kekal sejak dari logo pertama yang kami gunakan.

Maka dengan itu, harap kami dapat tenaga baru dalam meneruskan perjuangan di dalam dunia permainan komputer setelah mendapat logo baru. Untuk melihat wallpaper bersaiz besar, sila klik gambar di bawah.

Wallpaper Versi Hitam

Wallpaper Versi Putih

Rasanya, itu sahaja untuk post kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t. :)


Sunday, December 4, 2011

Pakej Percutian ke Universal Studios Singapore

Hari ini, mahu promote poster dari PTS (Professional Training Service) Consultant Sdn Bhd. Agak menarik poster mereka, :) Hehe, bukan nak cerita tentang poster tetapi isi di dalam poster tersebut. Seperti yang tertera di dalam poster, ini merupakan sebuah pertandingan tetapi nampak seperti cabutan bertuah. Jika ada yang berminat, cara untuk menyertai telah dicatatkan di dalam poster.

Senarai hadiah, sila Klik Sini.
Sumber dari, Dhia.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PTS, sila Klik Sini.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, :)
Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, December 3, 2011

Banjir di Kajang, Selangor

Pasti ramai yang sudah mengetahui mengenai banjir yang melanda Kajang, Selangor, Malaysia kini. Mari kita lihat bagaimana keadaan di sana.

Gambar



Video












SubhanAllah, sungguh hebat kekuasaan Allah s.w.t. itu. Bandar mampu ditenggelamkan dalam sekelip mata, mari kita doakan saudara kita disana supaya bersabar dalam menghadapi dugaan. Kerugian yang mereka alami pasti banyak. Allah boleh memberi dan menarik nikmat didunia ini sekejap sahaja. Semoga banjir di Kajang beransur pulih.

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.


Thursday, December 1, 2011

Instruction : EZB Systems - UltraISO Premium Edition v9.33


About

UltraISO is in sole possession of the intellectualized ISO document format analyzer, it can process at the present time almost all types of image files, including ISO and BIN, it may even support new image files which are yet to be created. UltraISO can open these image files, directly extract files and folders, edit it and convert other image files to the standard ISO format.

Features

1. Can directly edit the ISO image file.
2. Can directly extract files and folders from ISO image file.
3. Can add / delete /create new directory /rename ISO file image content.
4. Can make ISO file from hard disk document.
5. Can create CD/DVD image from CD/DVD-ROM, maintain bootable information.
6. Can process the compact disc boot information, you can directly add/remove/extract boot image of the ISO image.

Properties

File Name : UltraISO Premium Edition v9.33
File Size : 3.42 mb
File Type : WinRAR
Direct Link : Mediafire

Tutorial

1. Download the UltraISO file (UltraISO Premium Edition v9.33).
2. You must have WinRar software to proceed next step.
3. Extract the UltraISO Premium Edition v9.33 file (Right click on file > Extract Here)
4. Open the UltraISO Premium Edition v9.33 folder.
5. Run the uiso9_pe.exe file.
6. Open the Red Me.txt file if serial needed.
7. Proceed to installation.
8. Finish.

Instruction : Sony Vegas Pro v8.0


About

All of the products in the Vegas software family make it easy to import and edit movies, images, and music so you can jump right in and start creating your next video or audio masterpiece. Whether you're a beginner, an experienced filmmaker, or a professional broadcast producer, there is a Vegas solution to meet your needs.

Properties

File Name : Portable Sony Vegas Pro v8.0
File Size : 61.44 mb
File Type : WinRAR
Direct Link : Mediafire

Tutorial

1. Download the Sony Vegas Pro file (Portable Sony Vegas Pro v8.0).
2. You must have WinRar software to proceed next step.
3. Extract the Portable Sony Vegas Pro v8.0 file (Right click on file > Extract Here)
4. Open the Vegas Pro 8.0 folder.
5. Run the Vegas Pro 8.0.exe file.
6. Run the Vegas Pro 8.0 keygen.exe file for serial key.
7. Choose Product Name as Vegas Pro 8.0a (Build 179) on the Vegas Pro 8.0 keygen.exe.
8. Please copy and remember the serial number and activation/authentication code for uses.
9. Proceed to installation.
10. Insert the serial number and activation/authentication code when ask.
11. Finishing the installation.

Instruction : Bandicam - Best Game Recording Software


About

The Bandicam program makes it possible to record a certain area on a PC screen, or on a program that uses the DirectX/OpenGL graphic technologies. Bandicam will help you carry out a video record with high compression ratio, while keeping the video quality closer to the original work, and provides performance far superior to other programs that provide similar functions.

Features

1. Bandicam supports almost all of the Fraps' functions (Fraps Alternative, Better than Fraps®).
2. The recoded file size is much smaller than other software (Bandicam compresses the video when recording).
3. You can upload the recorded file to YouTube without converting (720p/1080p full HD video can be made).
4. You can record over 24 hours without stopping (Auto Complete Recording function can be used).
5. You can record video at resolutions up to 2560*1600 in high quality.
6. Bandicam has less lag than other recording software (It uses much lower CPU/GPU/HDD usage).

Properties

File Name : BandiCam
File Size : 5.25 mb
File Type : WinRAR
Direct Link : Mediafire

Tutorial

1. Download the BandiCam file.
2. You must have WinRar software to proceed next step.
3. Extract the BandiCam file (Right click on the file > Extract Here)
4. Run the BandiCam.exe file.
5. Proceed to installation.
6. Finish.

Instruction : Summitsoft Logo Design Studio Pro


About

This powerful design engine is completely vector based, meaning your designs and illustrations are created using curves and lines rather than individual "square" dots called pixels. Using vector illustration, you can make your designs smaller than a postage stamp or larger than a billboard without losing sharpness, so you no longer have to worry about your designs getting fuzzy at larger sizes. Also, to put it in perspective...many creative professionals use Adobe Illustrator, the standard for vector illustration. Now any amateur or expert has an easier solution for vector illustration, plus we include over 8,000 pre-designed (and fully editable!) logo templates and graphics to give you a creative jumpstart.

Features

1. New! 2,000+ logo templates: industry-based templates designed by professional graphic artists.
2. New! 6,000+ full vector graphics: vector graphics are different from regular graphics and images because they don't have pixels. No pixels means you can blow them up to any size without losing image quality or sharpness.
3. New! Complete vector design: since your new design is vector based you can use it on a project smaller than a postage stamp, or blow it up to cover the side of a building, something no other logo design software can do!
4. Import and export capabilities: create your logo in all popular formats, including PDF, SVG, TIFF, PNG, JPEG, EMF, and BMP.
5. Slogan & tagline resource library: take your brand image a step further by better defining what you do. 500+ pre-written taglines and slogans make it easier for people to understand what you offer.

Properties

File Name : Logo Design Studio Pro
File Size : 1.24 gb
File Type : WinRAR
Direct Link : Mediafire

Tutorial

1. Download all Logo Design Studio Pro part file.
2. You must have WinRar software to proceed next step.
3. Extract all Logo Design Studio Pro part (Right click on a file > Extract Here)
4. Open the Logo Design Studio Pro folder.
5. Run the Logo Design Studio Pro.exe file.
6. Open the Serial Key.txt file if serial needed.
7. Proceed to installation.
8. Finish.

Instruction : Microsoft Visual Studio 2010 Express Professional


About

Visual Studio 2010 is a complete development environment from Microsoft for creating web applications, client (Windows) applications, and Windows Phone 7 applications. In contrast, Visual Studio 2010 Express is a set of free, entry-level products that features streamlined interfaces and core capabilities that focus on providing the tools that you need for creating applications for a single platform. For example, Visual Studio 2010 Express for Windows Phone provides the tools that you need to create games and applications for Windows Phone 7. Integration with Visual Studio Team Foundation Server, and advanced design, development and test capabilities, such as 64-bit development, unit testing and remote debugging, are not included in the Express products.

Visual Studio 2010 Express ISO Images

Download an ISO image file that enables you to install Visual Studio Express products without requiring Internect access during installation. One image includes: Visual Basic 2010 Express, Visual C++ 2010 Express, Visual C# Express, and Visual Web Developer 2010 Express. Windows Phone SDK 7.1, which includes Visual Studio 2010 Express for Windows Phone, is included on a separate image.

Properties

File Name : VS2010Express1
File Size : 693.65 mb
File Type : UltraISO File
Direct Link : Microsoft Website

Tutorial

1. Download the Microsoft Visual Studio 2010 Express file (VS2010Express1).
2. You must have UltraISO software to proceed next step.
3. Mount the VS2010Express1 file to your disc drive (Right click on file > UltraISO > Mount to drive E:/).
4. Click at your E:/ drive.
5. Run the Setup.exe file.
6. Proceed to installation.
7. After finishing, don't forget to eject you E:/ drive (Right click on E:/ drive > Eject).

Malam Jalinan KKDK 2011


Semalam telah berlansungnya program Malam Jalinan KKDK 2011 untuk pengenalan mengenai KKDK kepada ahli-ahli baru KKDK. Program tersebut telah berlansung dengan jayanya, alhamdulillah. Dengan tema retro yang diberi oleh pengarah program, pakaian ala-ala retro memenuhi sebahagian dewan.

Gambar-gambar pada malam tersebut akan diupload ke blog ini secepat yang mungkin. Sedang menunggu bahan-bahan dari unit Teknikal untuk dikumpulkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, ucapan dari Penasihat KKDK iaitu En Syahrul, ucapan dari Pengerusi KKDK iaitu Abg Jef, ucapan dari Pengarah Program KKDK iaitu Tosiak, nyanyian Lagu Jalinan, beberapa aktiviti yang dilakukan oleh seorang yang agak popular dengan KKDK iaitu Cik Gojes ataupun boleh dikenali sebagai Mirad dan pelbagai aktiviti yang lain lagi.

Untuk melihat blog Cik Gojes, ayuh ke Sini.

Itu sahaja untuk kali ini, tidak banyak untuk diperkatakan kerana agak keletihan dengan pelbagai program yang dianjurkan. Tapi tidak mengapa kerana saya sungguh seronok. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...