Adverts

Saturday, October 29, 2011

Program Berakhir

Akhirnya, program Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land telah melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengah hari tadi. Kepenatan jelas dirasai oleh semua ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menyempurnakan program pada hari ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena program adalah Wayang Mini, Bunker dan juga Jumbo-Sale. Ramai peserta yang datang untuk menyertai pertandingan kali ini, amat meriah sekali. Saya berasa sungguh penat ketika ini. Tidak dapat menaip terlalu panjang, sudah keletihan.

Aktiviti malam semalam merupakan aktiviti yang amat memeritkan kerana perlu menurunkan belon seberat 500kg daripada sebuah lori. Sambil itu tidur pada pukul 5.50 pagi, menambah derita sekali lagi.

Itu sahaja lah untuk post kali ini, selamat berehat ahli jawatankuasa sekalian. 
Assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, October 26, 2011

ESWC 2011 - DotA 2 Tournament

Akhirnya Electronic Sports World Cup 2011 - DotA 2 telah pun melabuhkan tirai nya semalam. Pemenang DotA 2 Intenational Championship 2011 iaitu Natus Vincere ataupun dikenali sebagai Na'Vi (Ukraine) mengetepikan cabaran dari Ehome (China) bagi memastikan kejuaran milik mereka.


Perlawanan Final tersebut diadakan 3 game bagi menentukan kejuaraan, namun Na'Vi menang bersih 2-0 untuk muncul juara.


4GL (Serbia) memastikan tempat ketiga milik mereka setelah mengenepikan cabaran dari Monkeys (Denmark) untuk membawa pulang $4,000. Wakil dari Malaysia iaitu Orange Esports berada di kedudukan ketiga di dalam kumpulan B berkongsi mata dengan NEXT.kz (Kazakhstan) dan juga BX3 (Sweden).

Keputusan Penuh :
Juara - Na'Vi ($12,000 + Piala pusingan)
Naib Juara - Ehome ($6,000)
Ketiga - 4GL ($4,000)

Untuk melihat siaran ulangan game Final, anda boleh klik Link di bawah ini.
Itu sahaja lah untuk post kali ini, selamat maju jaya :) Bagi yang ingin menyertai UTHM DotA Tournament 2011, sila KLIK SINI. Bagi yang ingin menyertai UTHM CS 1.6 Tournament 2011, sila KLIK SINI.
Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari YuNO - DotA World

Monday, October 24, 2011

Filem Pendek

Hari ini ingin berkongsi sedikit video dari youtube hasil karya 9lemon. Ada 3 filem pendek yang dibuat oleh beliau yang amat menarik sekali. Perhatian kepada wanita-wanita yang mudah bersedih, sila sediakan tisu atau tuala. Mari kita saksikan,


Filem Pendek 1 - Awak ajar saya cinta boleh?


Filem Pendek 2 - Saya nak breakup dengan awak!


Filem Pendek 3 - Jangan tinggalkan saya lagi!

Dah tonton video-video di atas? Menarik tak? Hehe, jangan sampai ada yang menangis pula. :)
Kalau nak lihat lebih banyak video daripada beliau sendiri, ayuh ke page 9Lemon. Klik Sini!
Untuk subscribe beliau di Youtube, Klik Sini!

Baiklah, itu sahaja untuk post kali ini. Jangan menangis, ingat taw :)
Assalamualaikum w.b.t

Friday, October 21, 2011

Believe in Yourself

Believe in Yourself itulah kata-kata semangat untuk kali ini. Mendapat inspirasi untuk tajuk kali ini setelah melihat video yang di post oleh rakan di Facebook. Terima kasih kepada Nursyafika, :)



Sebuah video motivasi yang cukup menarik perhatian saya, sound effect yang digunakan juga membuatkan diri ini berasa sedih.

Pasti semua orang ada impian dan cita-cita masing-masing kan? Pernahkah kita cuba untuk menjadikannya ia realiti, sudah tentu pernah. Tetapi kita sering kali berputus asa sebelum mengambil satu tindakan seperti yang di paparkan dalam video di atas.


Oleh itu, yakin pada diri sendiri! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, chaiyok! :)

"Believe in yourself and all that you are. Know that there is something inside you that is greater than any obstacle."

Itu sahaja untuk post kali ini, selamat maju jaya.
Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, October 18, 2011

Si Kecilku Chak ! & Kids in Wonder-land

Di sini saya ingin mengisytiharkan bahawa, Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) UTHM akan menganjurkan  buat julung kalinya pertandingan Si Kecilku Chak ! & Kids in Wonder-land sempena Pesta Konvokesyen 2011 yang akan berlansung tidak lama lagi.. Anda boleh lihat poster program yang berada di bawah ini, hasil karya Kak Anis :)


Pertandingan ini terbuka kepada bayi staf UTHM dan semua penduduk sekitar Batu Pahat terutama sekali kawasan Parit Raja. Ia akan diadakan sekitar Bilik Seminar UTHM, syarat penyertaan adalah seperti di poster. Anda boleh klik untuk memperbesarkan gambar.

Jangan tunggu lagi, daftar lah sekarang. Hadiah lumayan turut menanti anda, tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu, kami juga menyediakan Jumbo Sale dan pelbagai permainan untuk pelajar-pelajar UTHM dan juga orang ramai.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai mahupun Menaja program ini, silakan hubungi nombor-nombor berikut:-

Atiqah +6013-4295118
Athirah +6013-9618841
Arfah +6013-7914883

Kids Today are the Future Leaders of Generation


Sunday, October 16, 2011

Aplikasi?

Assalamualaikum w.b.t bertemu lagi dalam post kali ini yang bertajuk Aplikasi? Saya dan Hafiz telah membangunkan aplikasi yang diberi nama UTHM GPA Calculator v1.24e. Siap ada versi lagi, aplikasi ini yang paling latest sekali daripada kami.

Versi ini hanya ditukarkan sekiranya terdapat sebarang masalah dalam versi tersebut, maka versi baru akan dikeluarkan. Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pelajar UTHM bagi kemasukan selepas 2010/2011 yang menggunakan sistem gred yang terbaru.

Anda boleh muat turun, melihat panduan menggunakan ia dan kegunaan aplikasi di sudut Project.
__________________________________

Seterusnya, sempena pesta Konvo UTHM yang akan berlansung tidak lama lagi pelbagai aktiviti untuk student, staf dan orang ramai turut dirangka bagi memeriahkan lagi pesta Konvo tersebut.

Oleh itu, orang ramai di jemput hadir dan menyertai pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut.





Itu sahaja lah untuk post kali ini, sekian. Terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Friday, October 14, 2011

Majlis Perpisahan Kak Fiza KKDK

Majlis telah berlansung dengan jayanya pada tarikh 09 Oktober 2011. Aktiviti makan-makan telah diadakan dengan meriahnya, :) Ayam panggang BBQ telah disediakan. Terima kasih kepada Haziq dan Ieqa kerana berjaya menjayakan majlis ini.


Di atas ini merupakan gambar yang diambil sewaktu matahari terbenam, cantik kan? :)


Pengarah Majlis dan juga tukang masak kita yang kacak lagi bergaya, :)

Untuk gambar yang lebih menarik dan pelbagai lagi, sila lihat di bahagian gallery blog ini. Kepada Kak Fiza, gudluck untuk LI. Semoga kita berjumpa lagi pada akan datang, saya doakan akak berjaya :) Kalau ada masa yang lapang, jumpa lah kami di UTHM ini. Kalau akak sambung degree pula, jumpa di MHS Degree nanti. Chaiyok !

Itu sahaja lah untuk post kali ini, sekian. Terima kasih,
Assalamulaikum w.b.t.

Tuesday, October 11, 2011

Di Minggu yang Baru

Update kali ini lebih kepada /k/ Group, screenshot game-game DotA yang telah kami main akan dimuatkan ke dalam site tersebut. Achievement kami juga telah di update, training combo untuk game-game yang seterusnya, dan 5v5 screenshot game.


Di dalam training kami cuba mendapatkan combo hero yang terbaik untuk 5v5 game di dalam Garena dan juga game-game yang akan datang. Kesimpulan dari training kami setakat ini, Sand King dan Enigma merupakan hero yang bagus untuk sesuatu team kerana mempunyai Ultimate Skill yang cukup hebat.


Gambar di atas ini merupakan satu keindahan ciptaan ALLAH s.w.t. yang saya dan rakan-rakan dapat lihat pada malam 09/10/2011. Cuaca pada ketika itu agak kelam sikit, tidak terlalu terang. AlhamduliLLAH sempat mengambil gambar ini daripada rakan-rakan di Facebook.


Pada ketika ini, saya berada di Pantai Punggur, Batu Pahat. Tak taw la betul ke tak ejanya, huhu. Tiada bintang pada waktu itu, cuma ada cahaya bulan sahaja yang di tutupi awan. Ombak sungguh kuat, mungkin sebab first time pergi sana. So, memang tak tahu suasana di sana. Apa-apa pun tempat tersebut memang terbaik untuk mengambil gambar pada waktu matahari terbenam. Background yang cukup-cukup cantik. Saya akan cuba dapatkan gambar kami semua disana, :)

Itu sahajalah post untuk kali ini, sekian. Terima kasih,
Assalamualaikum w.b.t.

Thursday, October 6, 2011

Introduction

Nampaknya ini merupakan update ke-2 dalam minggu ini. Banyak waktu lapang pada minggu ini, sungguh gembira. Boleh training DotA setiap hari, :)


Setelah sekian lama meninggalkan After Effects akhirnya kembali juga membuat video. Ini merupakan video intro untuk blog ini. Da lama ta guna After Effects, maka ta berapa best sgt video nie.


Lagu yang kat atas ini yang telah digunakan untuk video montage pada kali ini. Lagu ini diberi oleh Kak Ain, intro lagu ini memang powerful. memang best sangat2 kalau dengar banyak kali.

Itu sahaja lah untuk post kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, October 4, 2011

Adobe After Effects

Di sini saya ingin berkongsi sebuah software yang dinamakan Adobe After Effects.

Saya mula tertarik dengan software ini sejak tahun lepas, melalui software ini kita boleh mengedit video serta membuat pelbagai effects menarik. Saya selalu menggunakannya semasa pembentangan sesuatu projek.


Jadi, kepada yang berminat dalam mengedit video boleh lah mendapatkan software ini. Anda semua boleh belajar dari tutorial yang disediakan di sini. Video Copilot


Website ini memberi pelbagai tutorial yang menarik seperti cara menggunakan cahaya dan kamera di dalam after effects. Website ini banyak membantu saya dalam membuat sesebuah projek.


Itu sahaja untuk post kali ini, terima kasih.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...