Adverts

Tuesday, October 11, 2011

Di Minggu yang Baru

Update kali ini lebih kepada /k/ Group, screenshot game-game DotA yang telah kami main akan dimuatkan ke dalam site tersebut. Achievement kami juga telah di update, training combo untuk game-game yang seterusnya, dan 5v5 screenshot game.


Di dalam training kami cuba mendapatkan combo hero yang terbaik untuk 5v5 game di dalam Garena dan juga game-game yang akan datang. Kesimpulan dari training kami setakat ini, Sand King dan Enigma merupakan hero yang bagus untuk sesuatu team kerana mempunyai Ultimate Skill yang cukup hebat.


Gambar di atas ini merupakan satu keindahan ciptaan ALLAH s.w.t. yang saya dan rakan-rakan dapat lihat pada malam 09/10/2011. Cuaca pada ketika itu agak kelam sikit, tidak terlalu terang. AlhamduliLLAH sempat mengambil gambar ini daripada rakan-rakan di Facebook.


Pada ketika ini, saya berada di Pantai Punggur, Batu Pahat. Tak taw la betul ke tak ejanya, huhu. Tiada bintang pada waktu itu, cuma ada cahaya bulan sahaja yang di tutupi awan. Ombak sungguh kuat, mungkin sebab first time pergi sana. So, memang tak tahu suasana di sana. Apa-apa pun tempat tersebut memang terbaik untuk mengambil gambar pada waktu matahari terbenam. Background yang cukup-cukup cantik. Saya akan cuba dapatkan gambar kami semua disana, :)

Itu sahajalah post untuk kali ini, sekian. Terima kasih,
Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...