Adverts

Wednesday, October 26, 2011

ESWC 2011 - DotA 2 Tournament

Akhirnya Electronic Sports World Cup 2011 - DotA 2 telah pun melabuhkan tirai nya semalam. Pemenang DotA 2 Intenational Championship 2011 iaitu Natus Vincere ataupun dikenali sebagai Na'Vi (Ukraine) mengetepikan cabaran dari Ehome (China) bagi memastikan kejuaran milik mereka.


Perlawanan Final tersebut diadakan 3 game bagi menentukan kejuaraan, namun Na'Vi menang bersih 2-0 untuk muncul juara.


4GL (Serbia) memastikan tempat ketiga milik mereka setelah mengenepikan cabaran dari Monkeys (Denmark) untuk membawa pulang $4,000. Wakil dari Malaysia iaitu Orange Esports berada di kedudukan ketiga di dalam kumpulan B berkongsi mata dengan NEXT.kz (Kazakhstan) dan juga BX3 (Sweden).

Keputusan Penuh :
Juara - Na'Vi ($12,000 + Piala pusingan)
Naib Juara - Ehome ($6,000)
Ketiga - 4GL ($4,000)

Untuk melihat siaran ulangan game Final, anda boleh klik Link di bawah ini.
Itu sahaja lah untuk post kali ini, selamat maju jaya :) Bagi yang ingin menyertai UTHM DotA Tournament 2011, sila KLIK SINI. Bagi yang ingin menyertai UTHM CS 1.6 Tournament 2011, sila KLIK SINI.
Assalamualaikum w.b.t.

Sumber dari YuNO - DotA World

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...