Adverts

Saturday, October 29, 2011

Program Berakhir

Akhirnya, program Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land telah melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengah hari tadi. Kepenatan jelas dirasai oleh semua ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menyempurnakan program pada hari ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena program adalah Wayang Mini, Bunker dan juga Jumbo-Sale. Ramai peserta yang datang untuk menyertai pertandingan kali ini, amat meriah sekali. Saya berasa sungguh penat ketika ini. Tidak dapat menaip terlalu panjang, sudah keletihan.

Aktiviti malam semalam merupakan aktiviti yang amat memeritkan kerana perlu menurunkan belon seberat 500kg daripada sebuah lori. Sambil itu tidur pada pukul 5.50 pagi, menambah derita sekali lagi.

Itu sahaja lah untuk post kali ini, selamat berehat ahli jawatankuasa sekalian. 
Assalamualaikum w.b.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...