Adverts

Sunday, November 27, 2011

Bekok - Segamat - Bukit Kepong


Pertama sekali, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam. Tahun baru untuk umat Islam, pasti semua orang ada azam yang baru untuk tahun ini kan? InsyaAllah akan tertunai juga azam tersebut nanti.

Bermula dengan tajuk entri pada kali ini, pada hari yang mulia ini saya dan rakan-rakan telah bercuti di Air Terjun Bekok. Tiba di sana pada pukul 10.15 pagi dan terus sahaja bermandi-manda dengan air yang amat sejuk sekali, >.< Agak ramai juga orang ramai yang datang pada waktu tersebut.





Tidak banyak gambar untuk dikongsi atas sebab-sebab tertentu, hehe :) Privacy didahulukan pencapaian diutamakan. Pada pukul 11.45 pagi, kami bertolak ke Segamat pula untuk berjalan-jalan. Tidak sempat untuk membeli burger Segamat disana kerana kesuntukan masa untuk ke Bukit Kepong.


Perjalanan seterusnya adalah ke Bukit Kepong, untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat dari UiTM Segamat. Walaupun tidak mengenali orangnya, kita terpaksalah menghadirkan diri untuk memeriahkan suasana. Beliau merupakan seorang wanita, =.=" nama dan umur tidak diketahui. Setelah selesai makan, kami pun pulang ke Batu Pahat.

Itu sahaja untuk post kali ini, tiada banyak cerita. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Friday, November 25, 2011

Galeri SKC & KiW + Malam Jalinan


Galeri untuk Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-land telah pun dimasukkan ke dalam blog ini. Anda juga boleh muat turun (download) ia melalui link mediafire yang telah disediakan. Maaf sekiranya terlambat untuk dimuatkan ke dalam blog ini kerana saya baru sahaja mendapatkan semua gambar tersebut pada minggu lepas. Maaf sekali lagi, >.< Untuk ke galeri, sila Klik Sini.

Minggu ini merupakan minggu yang amat penat sekali, T.T selalu sahaja tidur disiang hari, walaupun dulu saya jarang tidur disiang hari. 2 projek tambahan untuk saya turut diberi, untuk melihat ia sila Klik Sini. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk projek-projek tersebut, harap Allah s.w.t. dapat permudahkan tugasan tersebut.

Pada 30 November 2011 (Rabu), akan berlansungnya Malam Jalinan KKDK bagi tahun 2011. Kepada semua ahli baru dan lama diharapkan dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi malam jalinan tersebut. Menjadi Ketua Multimedia dan Publisiti untuk malam tersebut bukan suatu tugas yang mudah bagi saya, T.T doakan saya supaya dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Sebelum terlupa, program tersebut akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Gerak kerja harus dilakukan dalam kadar segera, ^.^ kepada yang berminat untuk membantu sila beritahu saya (hanya ahli KKDK sahaja). Dibawah ini merupakan tugas-tugas Unit Multimedia dan Publisiti untuk Program Malam Jalinan KKDK 2011:

1. Design Poster
2. Design Back Drop
3. Design Tag Nama
4. Design Adverts untuk Facebook
5. Montaj Aktiviti KKDK
6. Fotografi & Videografi semasa program berlansung

Jadi ada yang berminat untuk membantu saya? ^.^ Jika berminat sila hubungi saya di Facebook. Rasanya itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum.


Tuesday, November 22, 2011

Kejayaan Malaysia


Seluruh rakyat Malaysia pasti tidak akan melupakan kejayaan skuad bola sepak negara yang memenangi pingat emas dalam kejohanan Sukan Sea ke-26 di Indonesia semalam. Kejayaan ini merupakan kejuaraan kali kedua berturut-turut selepas kejuaraan di Sukan Sea Laos dan kejuaraan yang ke-enam untuk Sukan Sea sepanjang penyertaan Malaysia. Beraksi di Stadium keramat Gelora Bung Karno bukan sesuatu yang mudah buat pasukan negara, namun mereka mempamerkan aksi yang terbaik.


Walaupun Indonesia mendahului seawal minit ke 5 melalui jaringan pemain no 13 Gunawan D.C., namun Malaysia menyamakan kedudukan melalui Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35 setelah menerima hantaran cantik dari Baddrol Bakhtiar. Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat masa tambahan. Perlawanan diteruskan dengan penetuan sepakan penalti bagi menentukan pingat emas.

Malaysia unggul dengan kemenangan 4 - 3 menewaskan Indonesia dalam penentuan sepakan penalti. Pasukan bola sepak Malaysia menang 5 kali dan hanya seri sekali sepanjang Sukan Sea pada kali ini, satu prestasi yang cukup membanggakan rakyat Malaysia. Di harap prestasi ini dapat diteruskan untuk perlawanan kelayanan Olimpik yang akan berlansung pada hari Khamis ini menentang pasukan Syria.


Itu sahaja untuk kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum :)
Majulah sukan untuk negara! Terima kasih Malaysia!

Highlight Perlawanan Final Sukan Sea ke-26
Indonesia 1 vs 1 Malaysia
Penentuan Sepakan Penalti Malaysia menang 4-3

Jaringan Indonesia vs Malaysia (1-1)
Penentuan Sepakan Penalti Indonesia vs Malaysia (3-4)


Saturday, November 19, 2011

UTHM DotA Championship 2011


Pada hari ini, telah bermulanya pertandingan DotA 2011 di UTHM. Alhamdulillah, perasaan seronok dan gembira itu ada walaupun tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Hehe, tapi tidak mengapa. Sudah mencuba yang terbaik, harap pertandingan seterusnya dapat melakukan yang terbaik. Untuk melihat jadual dan keputusan kumpulan kami, anda boleh lah melihat nya dibawah.


Untuk memperbesarkan gambar, anda boleh klik pada gambar tersebut. Jika dilihat pada jadual tersebut. Kami menang 2 perlawanan dan kalah 2 perlawanan juga, sedih kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya. Perjuangan kami berakhir disini untuk pertandingan pada kali ini. Esok boleh lah saya bertugas di booth KKDK semula, :)


Di atas ini pula ialah keputusan perlawanan kami, :) Semua team telah melakukan yang terbaik dalam Kumpulan A, kepada yang mara iaitu Dreamzzz Team dan Rage tahniah dan semoga berjaya menuju ke peringkat yang seterusnya.

Untuk replay game kami, anda boleh download di bawah. Semua replay ini boleh dibuka di World of Warcraft III : Frozen Throne v1.24e sahaja.

Team Semut vs YuNO (Replay)
YuNO vs Dreamzzz Team (Replay)
YuNO vs Rage (Replay)
YuNO vs XPonential (Replay)

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum, :)

Friday, November 18, 2011

Karnival Aktiviti Pelajar 2011


Bermula pada semalam iaitu 17 November 2011 (Khamis) telah bermulanya Karnival Aktiviti Pelajar UTHM 2011. Pembukaan booth oleh kelab-kelab di UTHM menarik minat ahli-ahli baru untuk menyertai kelab masing-masing. Oleh itu, semua pelajar UTHM boleh la melawat Karnival Aktiviti Pelajar 2011 untuk menyertai kelab yang diminati. :)

Selain itu, pertandingan untuk kelab juga disediakan oleh urus setia. Yang pertama sekali ialah pertandingan booth tercantik. Kepada kelab, sila lah menghias booth anda secantik yang mungkin. Pengambilan markah dijangka diadakan pada waktu petang pada hari esok iaitu pada 19 November 2011 (Sabtu). Masih ada masa lagi untuk menghias booth kelab anda, :)

Seterusnya, pertandingan video montaj kelab akan diadakan pada 20 November 2011 (Ahad). Gudluck untuk semua kelab, buat yang terbaik demi kelab tercinta. Sementara itu, YB DSP Hishammuddin Hussein dijangka akan hadir untuk melawat Karnival Aktivti Pelajar UTHM 2011 pada 19 November 2011 (Sabtu). Ini merupakan satu penghormatan buat UTHM kerana dilawati Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Semalam, saya sempat mengambil beberapa gambar di booth KKDK iaitu booth kelab saya. Untuk melihatnya sila ke Gallery ataupun Klik Sini. Namun, pada hari ini tiada kamera untuk digunakan mengambil gambar. Terlepas peluang untuk mengambil gambar, >.<

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum.
Esok ada tournament DotA, harap dapat melakukan yang terbaik. Doakan saya, :)


Tuesday, November 15, 2011

Menarik Minggu ini

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian yang akan dijalankan. Baiklah saya akan mulakan dengan UTHM DotA Championship 2011 yang akan berlansung pada Sabtu dan Ahad ini iaitu 19-20 November 2011. Alhamdulillah hari ini dapat jumpa seorang ahli untuk menyertai pasukan kami dalam pertandingan itu nanti. Oleh itu, lengkap lah 5 orang peserta untuk pasukan YuNO. Untuk senarai lengkap ahli kami, sila Klik Sini.


Semestinya anda semua tahu mengenai Sukan Sea Ke-26 yang berlansung di Jakarta-Palembang, Indonesia. Pada hari Khamis ini iaitu 17 November 2011, perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Malaysia akan berlansung. Sudah tentu saya tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya, :) Support Malaysia Team (Harimau Malaya-Harimau Muda). Perlawanan tersebut akan disiarkan secara lansung di TV2 bermula pada pukul 7.30 malam, untuk Live Streaming TV2 sila Klik Sini. Untuk mengetahui perjalanan sepanjang Sukan Sea Ke-26, sila Klik Sini.


Tidak lupa juga, hari ini saya mendapat satu aktiviti masa lapang yang amat menarik. Kak Anis telah menghubungi saya dan memberitahu untuk membuat design baju Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK). Saya amat suka semua aktiviti yang menggunakan software Adobe Photoshop, :) Saya akan buat yang terbaik untuk projek kali ini. Untuk melihat projek lain, Klik Sini.

Sebelum terlupa, saya sudah update beberapa bahagian dalam blog ini. Tambahan page Soccer kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui keputusan-keputusan Liga Perdana Inggeris (England)-Liga Perdana Sepanyol (Spain)-Serie A (Italy)-Liga Super (Malaysia)-Liga Perdana (Malaysia), sila Klik Sini.  Untuk update yang lain anda boleh lah menyelongkar blog ini, :P

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum :)


Saturday, November 12, 2011

Galeri Propec SM Sains Johor

Alhamdulillah, lebih kurang 406 gambar sepanjang propec Sekolah Menengah Sains Johor berjaya diupload dan telah dimuatkan ke dalam blog ini. Montaj program tersebut juga sempat diupload ke Youtube. Untuk pengetahuan semua, montaj tersebut adalah hasil karya Kak Ara.


Untuk melihat gambar sepanjang program, sila Klik Sini. Gambar-gambar sepanjang program tersebut diambil oleh saya sendiri, Hafiz, Haziq dan juga seorang rakan dari kelab KKDK. Program tersebut diadakan dengan jayanya, syukur Alhamdulillah.

Sebahagian guru pengiring dari SM Sains Johor.

Sebahagian pelajar dari SM Sains Johor.

Itu sahaja untuk post kali ini, terima kasih kerana sabar menunggu. Sungguh gembira kerana dapat turut serta dalam program propec pada kali ini, :) Berharap dapat menyertai pelbagai program dari KKDK pada masa akan datang. Assalamualaikum.


Thursday, November 10, 2011

Propec SM Sains Johor


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini, terima kasih kepada adik-adik SM Sains Johor yang sentiasa memberikan kerjasama sebaiknya. Program bermula pada pukul 8.45 pagi selepas mereka tiba di perkarangan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, UTHM dengan menaiki bas.

Aktiviti dimulakan dengan Refreshment oleh Ketua Fasilator sendiri iaitu Kak Diop :) Kelihatan kegembiraan di kalangan adik-adik yang baru sahaja tiba ini melakukan refreshment yang telah diatur. Seterusnya, semua adik-adik dibawa untuk bersarapan di Kafetaria Kolej Kediaman Tun Dr Ismail.

Selesai bersarapan, adik-adik dibahagikan dan dilepaskan bersama fasilator untuk aktiviti LDK. Round Robin dan Yang Mana Satu dijadikan aktiviti pertama taaruf untuk aktiviti LDK. Bagi sesi Mind Setting dan Teknik Belajar, antara aktiviti yang disediakan ialah Menuju Puncak, Jangan Tanya, Hakikat Diri Cemerlang dan Mind Mapping.

Bubble Number turut dimuatkan di dalam tentatif propec pada kali ini, dikendalikan oleh Haziq. Manakala aktiviti Telefon Karat dikendalikan oleh Hamizan. Aktiviti-aktiviti ini membuatkan adik-adik ini seronok dan bergembira sentiasa.

Tugas Teknikal amat rumit sekali kerana perlu menyiapkan barang-barang keperluan di dalam program, saya sudah usahakan yang terbaik. Namun, terdapat masalah dalam penggunaan speaker >.< Sound tidak berapa kuat sepanjang program, speaker di Dewan Aktiviti Tun Dr Ismail mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada akhirnya, program ini berjalan dengan sempurna. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Malahan, saya akan cuba yang terbaik pada masa akan datang.

p/s : Gambar-gambar sepanjang program dan video montaj sedang di upload. Di harapkan menunggu, :) Sekian, terima kasih. Assalamualaikum...


Monday, November 7, 2011

Hari Raya AidilAdha

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya AidilAdha. Bermula dengan solat sunat AidilAdha, khutbah AidilAdha, selepas itu bermula lah Ibadah Korban. Hari Raya AidilAdha pada kali ini, saya berada di Muar walaupun memang tiap-tiap tahun di tempat yang sama. Hehe, tiada tempat selain Muar untuk pulang ke kampung halaman.


Raya AidilAdha kali ini, keluarga saya membuat korban seekor lembu tetapi ia dibuat pada hari ini iaitu Hari Raya Ke-Dua AidilAdha. Hari ini sungguh memenatkan dan bermakna buat diri saya. First time melihat lembu disembelih dalam jarak 10 meter, :) Ibadah korban ini dilakukan di kebun Felcra Bukit Kepong, Muar. Pak Cik saya melakukan sembelihan tersebut, dan empat ekor lembu berjaya ditumbangkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Setelah semuanya selesai saya membantu saudara saya untuk melapah lembu. Menyiat kulit, memotong daging korban, membahagikan daging korban selain menimbang daging korban tersebut. Pengalaman pada hari ini pasti tidak dapat saya lupakan, sungguh seronok sekali :)


Selepas selesai, saya pergi memancing di kolam ikan pak cik saya. Cuaca agak panas sekali kerana memancing di tengah hari =.=" Mencari port terbaik iaitu kawasan lapang yang tiada tempat redup untuk duduk. Berpeluh-peluh sambil memancing, amat menguji kesabaran. First time juga memancing, tidak pernah memegang joran sebelum ini >.< Alhamdulillah dapat tangkap ikan 2 ekor walaupun bersaiz sederhana kecil.

Kemudian saya tertidur hingga ke petang dan pulang semula ke rumah nenek saya :) Itu sahaja lah untuk post kali ini, sekian. Terima kasih. Assalamualaikum w.b.t. Untuk pengetahuan anda, saya terlupa membawa kamera untuk aktiviti mengambil gambar. Terlepas peluang untuk memuatkan ia ke dalam galeri blog ini >.<

Friday, November 4, 2011

1st Jumaat - November

Hari ini merupakan hari Jumaat pertama di bulan November, kepada lelaki sekalian harap dapat solat Jumaat ye. Khutbah di Masjid Jamek Kg Dato' Abdul Rahman Yassin Kluang adalah berkenaan "Hari Raya AidilAdha" yang akan disambut oleh umat Islam pada hari Ahad ini 6 November 2011 (10 Zulhijjah 1432H).

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam, :)


Berkongsi sedikit mengenai doa yang sering dibaca ketika solat berjemaah mahupun secara bersendiri, iaitu "Ya Allah ya Tuhanku, ampuni lah dosaku, dosa ibubapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, muslimin dan muslimat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia." Muslimin dan muslimat seperti yang digariskan adalah Lelaki dan Wanita yang beragama Islam. Kita sering mendoakan muslimin dan muslimat ketika membaca doa tetapi masih terdapat segelintir manusia yang masih melakukan pelbagai dosa tidak terkecuali juga saya.

Oleh itu, kepada yang berkenaan dan juga saya dapat melakukan yang terbaik untuk agama kita iaitu Islam :) Kami sentiasa mendoakan anda tidak kira masa. Alhamdulillah Allah memberikan masa yang panjang dan peluang untuk kita supaya dapat terus hidup di muka bumi ini untuk beribadah kepadanya.

Hari ini terdapat juga kematian, Al-Fatihah kepada Allahyarham. Saya tidak beberapa mengetahui mengenai Allahyarham, kemungkinan penduduk sekitar Kg Dato' Abdul Rahman Yassin Kluang. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Itu sahaja untuk post kali ini, selamat maju jaya :)
Assalamualaikum w.b.t.

Thursday, November 3, 2011

Soalan - Jawapan

Beberapa hari yang lalu, saya telah ditag oleh Kak Pah untuk menjawab beberapa soalan. Apakah soalan itu? sila Klik Sini. Tanpa membuang masa, mari mulakan.

Peraturan-peraturan :

1. Anda perlu post peraturan ini.
2. Setiap orang haruslah post tentang diri mereka.
3. Jawab semua soalan yang telah ditag untuk kamu dan kemudian membuat sebelas soalan untuk rakan-rakan yang ingin anda tag.
4. Pilih 11 rakan anda untuk ditag dan link kan mereka ke post anda.
5. Pergi ke blog mereka dan beritahu mereka bahawa "Anda telah ditag".
6. Jangan tag kembali kepada orang telah tag anda.


Oleh itu 11 perkara tentang diri saya, =.="

1. Saya suka main game DotA dan DotA 2 tetapi masih tak professional lagi.
2. Saya seorang rabun jauh, tapi saya tak suka pakai cermin mata >.<
3. Reti bermain gitar, tapi tidak sehebat pemain gitar professional.
4. Saya suka lagu Sum41, :)
5. Saya seorang pemalas, okay full stop :P
6. Stalker dan Troll sudah menjadi kebiasaan ahli-ahli /k/
7. Cuti atau tak cuti sama sahaja bagi saya, penat!
8. Suka layari laman sesawang Facebook, Youtube, blog saya sendiri, Gosugamers.net, dota2.com dan lain-lain lagi.
9. Saya suka naik motor berbanding memandu kereta.
10. Suka dengar ataupun lihat video tentang motivasi yang membakar semangat.
11. Bangun terlampau pagi dan kadang-kadang bangun terlampau lambat. =.=


Disebabkan 11 terlalu banyak, terpaksalah saya merepek tentang diri saya. Seterusnya, menjawab soalan dari Kak Pah.

1- Siapa yang kamu call last sebelum tido semalam?? *tipu dosa..heee~*
Saya tak call siapa-siapa kerana kredit henset saya tidak mencukupi.

2- Pilih seorang kawan dan apa yang istimewa tentang beliau??
Er, kawan ye. Istimewa tentang dia, dia ingat kat saya sebab dia tahu saya suka main DotA. Sungguh seronok, >.<

3- Tempat yang nak sangat pergi..
Saya nak pergi ke setiap tournament DotA dan DotA 2 yang akan berlansung di seluruh dunia untuk belajar lebih mendalam strategi mereka.

4- Ciri-ciri suami yang akan kamu jadi bila da kawen..
Semua perempuan mahukan suami yang soleh, kalau tak mahu itu pelik lah.
Ayuh ke wikipedia, Klik Sini.

Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Bertanggungjawab terhadap semua benda.
Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.
Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.
Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

5- Tabiat yang tak boleh buang dari dulu sampai sekarang..
Sehari tak main game DotA rasa pelik, =.=

6- Rase2nye apa yang sebabkan Kak Pah comel??
Soalan cepuk emas dari Kak Pah, kenapa Kak Pah comel. Kak Pah ade lesung pipit, yeay~ Sangat sedih sebab saya tade, >.<

7- Apa yang patut Kak Pah ubah pada diri tipah nih...
Beranikan diri ketika berada di tempat tinggi. Nanti boleh main bunker sesama, :)

8- Suka makan bihun, mee atau kueyteow???
Kuey teow > Mee > Bihun

9- Pagi-pagi bangun tido prefer kentut or korek hidung??
Bangun tido, terus pergi tandas. Tiada masa untuk korek hidung dan tiada angin untuk dibuang, haha :D

10- Kalau awek tinggalkan anda..agak-agak apa pesanan anda untuk si dia?
Selamat berbahagia, :) Gudluck!

11- Cinta sebelum atau selepas kawen?kenapa?
Er, susah soalan nie. =.=" Ayuh ke ILuvIslam.com, Klik Sini.


Itu sahaja lah untuk post kali ini, terlampau banyak sangat merepek dah nie.
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat berjumpa lagi. Sevelum terlupa, saya tiada rakan-rakan untuk ditag soalan. Hehe, terima kasih.

Tuesday, November 1, 2011

Welcome November

Selamat datang November ke blog saya, :)
Nampaknya sekarang ini musim hujan di Malaysia, boleh dikatakan setiap hari hujan. Agak sukar untuk bergerak ke luar rumah dan melakukan kegiatan luar. Alhamdulillah segala program berjalan lancar dan jayanya sepanjang bulan Oktober terutama sekali pertandingan Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land pada 29 Oktober 2011.

Penat lelah bersama rakan-rakan dalam melaksanakan program yang diberi sungguh bermakna, :) Harap dapat bekerjasama lagi pada program yang akan datang. Sebelum terlupa, Kak Mirad kita ada meminta gambar sepanjang pertandingan Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land berlansung. Usaha sedang dijalankan untuk mengambil gambar-gambar dari Ketua Unit Multimedia, hehe.

Terima lah lagu November Rain dari Gun N' Roses sepanjang musim hujan di Malaysia pada bulan November :P


Aktiviti untuk pelajar pada bulan November adalah Karnival Sukan Pelajar UTHM Ke-15 yang berlansung bermula 29 November sehingga 9 Disember.
Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak universiti, sila Klik Sini.

Itu sahaja, untuk post kali. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...