Adverts

Friday, November 4, 2011

1st Jumaat - November

Hari ini merupakan hari Jumaat pertama di bulan November, kepada lelaki sekalian harap dapat solat Jumaat ye. Khutbah di Masjid Jamek Kg Dato' Abdul Rahman Yassin Kluang adalah berkenaan "Hari Raya AidilAdha" yang akan disambut oleh umat Islam pada hari Ahad ini 6 November 2011 (10 Zulhijjah 1432H).

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam, :)


Berkongsi sedikit mengenai doa yang sering dibaca ketika solat berjemaah mahupun secara bersendiri, iaitu "Ya Allah ya Tuhanku, ampuni lah dosaku, dosa ibubapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, muslimin dan muslimat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia." Muslimin dan muslimat seperti yang digariskan adalah Lelaki dan Wanita yang beragama Islam. Kita sering mendoakan muslimin dan muslimat ketika membaca doa tetapi masih terdapat segelintir manusia yang masih melakukan pelbagai dosa tidak terkecuali juga saya.

Oleh itu, kepada yang berkenaan dan juga saya dapat melakukan yang terbaik untuk agama kita iaitu Islam :) Kami sentiasa mendoakan anda tidak kira masa. Alhamdulillah Allah memberikan masa yang panjang dan peluang untuk kita supaya dapat terus hidup di muka bumi ini untuk beribadah kepadanya.

Hari ini terdapat juga kematian, Al-Fatihah kepada Allahyarham. Saya tidak beberapa mengetahui mengenai Allahyarham, kemungkinan penduduk sekitar Kg Dato' Abdul Rahman Yassin Kluang. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Itu sahaja untuk post kali ini, selamat maju jaya :)
Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...