Adverts

Sunday, November 27, 2011

Bekok - Segamat - Bukit Kepong


Pertama sekali, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam. Tahun baru untuk umat Islam, pasti semua orang ada azam yang baru untuk tahun ini kan? InsyaAllah akan tertunai juga azam tersebut nanti.

Bermula dengan tajuk entri pada kali ini, pada hari yang mulia ini saya dan rakan-rakan telah bercuti di Air Terjun Bekok. Tiba di sana pada pukul 10.15 pagi dan terus sahaja bermandi-manda dengan air yang amat sejuk sekali, >.< Agak ramai juga orang ramai yang datang pada waktu tersebut.





Tidak banyak gambar untuk dikongsi atas sebab-sebab tertentu, hehe :) Privacy didahulukan pencapaian diutamakan. Pada pukul 11.45 pagi, kami bertolak ke Segamat pula untuk berjalan-jalan. Tidak sempat untuk membeli burger Segamat disana kerana kesuntukan masa untuk ke Bukit Kepong.


Perjalanan seterusnya adalah ke Bukit Kepong, untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat dari UiTM Segamat. Walaupun tidak mengenali orangnya, kita terpaksalah menghadirkan diri untuk memeriahkan suasana. Beliau merupakan seorang wanita, =.=" nama dan umur tidak diketahui. Setelah selesai makan, kami pun pulang ke Batu Pahat.

Itu sahaja untuk post kali ini, tiada banyak cerita. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...