Adverts

Friday, November 18, 2011

Karnival Aktiviti Pelajar 2011


Bermula pada semalam iaitu 17 November 2011 (Khamis) telah bermulanya Karnival Aktiviti Pelajar UTHM 2011. Pembukaan booth oleh kelab-kelab di UTHM menarik minat ahli-ahli baru untuk menyertai kelab masing-masing. Oleh itu, semua pelajar UTHM boleh la melawat Karnival Aktiviti Pelajar 2011 untuk menyertai kelab yang diminati. :)

Selain itu, pertandingan untuk kelab juga disediakan oleh urus setia. Yang pertama sekali ialah pertandingan booth tercantik. Kepada kelab, sila lah menghias booth anda secantik yang mungkin. Pengambilan markah dijangka diadakan pada waktu petang pada hari esok iaitu pada 19 November 2011 (Sabtu). Masih ada masa lagi untuk menghias booth kelab anda, :)

Seterusnya, pertandingan video montaj kelab akan diadakan pada 20 November 2011 (Ahad). Gudluck untuk semua kelab, buat yang terbaik demi kelab tercinta. Sementara itu, YB DSP Hishammuddin Hussein dijangka akan hadir untuk melawat Karnival Aktivti Pelajar UTHM 2011 pada 19 November 2011 (Sabtu). Ini merupakan satu penghormatan buat UTHM kerana dilawati Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Semalam, saya sempat mengambil beberapa gambar di booth KKDK iaitu booth kelab saya. Untuk melihatnya sila ke Gallery ataupun Klik Sini. Namun, pada hari ini tiada kamera untuk digunakan mengambil gambar. Terlepas peluang untuk mengambil gambar, >.<

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum.
Esok ada tournament DotA, harap dapat melakukan yang terbaik. Doakan saya, :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...