Adverts

Friday, November 25, 2011

Galeri SKC & KiW + Malam Jalinan


Galeri untuk Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-land telah pun dimasukkan ke dalam blog ini. Anda juga boleh muat turun (download) ia melalui link mediafire yang telah disediakan. Maaf sekiranya terlambat untuk dimuatkan ke dalam blog ini kerana saya baru sahaja mendapatkan semua gambar tersebut pada minggu lepas. Maaf sekali lagi, >.< Untuk ke galeri, sila Klik Sini.

Minggu ini merupakan minggu yang amat penat sekali, T.T selalu sahaja tidur disiang hari, walaupun dulu saya jarang tidur disiang hari. 2 projek tambahan untuk saya turut diberi, untuk melihat ia sila Klik Sini. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk projek-projek tersebut, harap Allah s.w.t. dapat permudahkan tugasan tersebut.

Pada 30 November 2011 (Rabu), akan berlansungnya Malam Jalinan KKDK bagi tahun 2011. Kepada semua ahli baru dan lama diharapkan dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi malam jalinan tersebut. Menjadi Ketua Multimedia dan Publisiti untuk malam tersebut bukan suatu tugas yang mudah bagi saya, T.T doakan saya supaya dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Sebelum terlupa, program tersebut akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Gerak kerja harus dilakukan dalam kadar segera, ^.^ kepada yang berminat untuk membantu sila beritahu saya (hanya ahli KKDK sahaja). Dibawah ini merupakan tugas-tugas Unit Multimedia dan Publisiti untuk Program Malam Jalinan KKDK 2011:

1. Design Poster
2. Design Back Drop
3. Design Tag Nama
4. Design Adverts untuk Facebook
5. Montaj Aktiviti KKDK
6. Fotografi & Videografi semasa program berlansung

Jadi ada yang berminat untuk membantu saya? ^.^ Jika berminat sila hubungi saya di Facebook. Rasanya itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...