Adverts

Monday, November 7, 2011

Hari Raya AidilAdha

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya AidilAdha. Bermula dengan solat sunat AidilAdha, khutbah AidilAdha, selepas itu bermula lah Ibadah Korban. Hari Raya AidilAdha pada kali ini, saya berada di Muar walaupun memang tiap-tiap tahun di tempat yang sama. Hehe, tiada tempat selain Muar untuk pulang ke kampung halaman.


Raya AidilAdha kali ini, keluarga saya membuat korban seekor lembu tetapi ia dibuat pada hari ini iaitu Hari Raya Ke-Dua AidilAdha. Hari ini sungguh memenatkan dan bermakna buat diri saya. First time melihat lembu disembelih dalam jarak 10 meter, :) Ibadah korban ini dilakukan di kebun Felcra Bukit Kepong, Muar. Pak Cik saya melakukan sembelihan tersebut, dan empat ekor lembu berjaya ditumbangkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Setelah semuanya selesai saya membantu saudara saya untuk melapah lembu. Menyiat kulit, memotong daging korban, membahagikan daging korban selain menimbang daging korban tersebut. Pengalaman pada hari ini pasti tidak dapat saya lupakan, sungguh seronok sekali :)


Selepas selesai, saya pergi memancing di kolam ikan pak cik saya. Cuaca agak panas sekali kerana memancing di tengah hari =.=" Mencari port terbaik iaitu kawasan lapang yang tiada tempat redup untuk duduk. Berpeluh-peluh sambil memancing, amat menguji kesabaran. First time juga memancing, tidak pernah memegang joran sebelum ini >.< Alhamdulillah dapat tangkap ikan 2 ekor walaupun bersaiz sederhana kecil.

Kemudian saya tertidur hingga ke petang dan pulang semula ke rumah nenek saya :) Itu sahaja lah untuk post kali ini, sekian. Terima kasih. Assalamualaikum w.b.t. Untuk pengetahuan anda, saya terlupa membawa kamera untuk aktiviti mengambil gambar. Terlepas peluang untuk memuatkan ia ke dalam galeri blog ini >.<

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...