Adverts

Tuesday, November 22, 2011

Kejayaan Malaysia


Seluruh rakyat Malaysia pasti tidak akan melupakan kejayaan skuad bola sepak negara yang memenangi pingat emas dalam kejohanan Sukan Sea ke-26 di Indonesia semalam. Kejayaan ini merupakan kejuaraan kali kedua berturut-turut selepas kejuaraan di Sukan Sea Laos dan kejuaraan yang ke-enam untuk Sukan Sea sepanjang penyertaan Malaysia. Beraksi di Stadium keramat Gelora Bung Karno bukan sesuatu yang mudah buat pasukan negara, namun mereka mempamerkan aksi yang terbaik.


Walaupun Indonesia mendahului seawal minit ke 5 melalui jaringan pemain no 13 Gunawan D.C., namun Malaysia menyamakan kedudukan melalui Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35 setelah menerima hantaran cantik dari Baddrol Bakhtiar. Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat masa tambahan. Perlawanan diteruskan dengan penetuan sepakan penalti bagi menentukan pingat emas.

Malaysia unggul dengan kemenangan 4 - 3 menewaskan Indonesia dalam penentuan sepakan penalti. Pasukan bola sepak Malaysia menang 5 kali dan hanya seri sekali sepanjang Sukan Sea pada kali ini, satu prestasi yang cukup membanggakan rakyat Malaysia. Di harap prestasi ini dapat diteruskan untuk perlawanan kelayanan Olimpik yang akan berlansung pada hari Khamis ini menentang pasukan Syria.


Itu sahaja untuk kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum :)
Majulah sukan untuk negara! Terima kasih Malaysia!

Highlight Perlawanan Final Sukan Sea ke-26
Indonesia 1 vs 1 Malaysia
Penentuan Sepakan Penalti Malaysia menang 4-3

Jaringan Indonesia vs Malaysia (1-1)
Penentuan Sepakan Penalti Indonesia vs Malaysia (3-4)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...