Adverts

Tuesday, November 15, 2011

Menarik Minggu ini

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian yang akan dijalankan. Baiklah saya akan mulakan dengan UTHM DotA Championship 2011 yang akan berlansung pada Sabtu dan Ahad ini iaitu 19-20 November 2011. Alhamdulillah hari ini dapat jumpa seorang ahli untuk menyertai pasukan kami dalam pertandingan itu nanti. Oleh itu, lengkap lah 5 orang peserta untuk pasukan YuNO. Untuk senarai lengkap ahli kami, sila Klik Sini.


Semestinya anda semua tahu mengenai Sukan Sea Ke-26 yang berlansung di Jakarta-Palembang, Indonesia. Pada hari Khamis ini iaitu 17 November 2011, perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Malaysia akan berlansung. Sudah tentu saya tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya, :) Support Malaysia Team (Harimau Malaya-Harimau Muda). Perlawanan tersebut akan disiarkan secara lansung di TV2 bermula pada pukul 7.30 malam, untuk Live Streaming TV2 sila Klik Sini. Untuk mengetahui perjalanan sepanjang Sukan Sea Ke-26, sila Klik Sini.


Tidak lupa juga, hari ini saya mendapat satu aktiviti masa lapang yang amat menarik. Kak Anis telah menghubungi saya dan memberitahu untuk membuat design baju Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK). Saya amat suka semua aktiviti yang menggunakan software Adobe Photoshop, :) Saya akan buat yang terbaik untuk projek kali ini. Untuk melihat projek lain, Klik Sini.

Sebelum terlupa, saya sudah update beberapa bahagian dalam blog ini. Tambahan page Soccer kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui keputusan-keputusan Liga Perdana Inggeris (England)-Liga Perdana Sepanyol (Spain)-Serie A (Italy)-Liga Super (Malaysia)-Liga Perdana (Malaysia), sila Klik Sini.  Untuk update yang lain anda boleh lah menyelongkar blog ini, :P

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...