Adverts

Thursday, November 10, 2011

Propec SM Sains Johor


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini, terima kasih kepada adik-adik SM Sains Johor yang sentiasa memberikan kerjasama sebaiknya. Program bermula pada pukul 8.45 pagi selepas mereka tiba di perkarangan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, UTHM dengan menaiki bas.

Aktiviti dimulakan dengan Refreshment oleh Ketua Fasilator sendiri iaitu Kak Diop :) Kelihatan kegembiraan di kalangan adik-adik yang baru sahaja tiba ini melakukan refreshment yang telah diatur. Seterusnya, semua adik-adik dibawa untuk bersarapan di Kafetaria Kolej Kediaman Tun Dr Ismail.

Selesai bersarapan, adik-adik dibahagikan dan dilepaskan bersama fasilator untuk aktiviti LDK. Round Robin dan Yang Mana Satu dijadikan aktiviti pertama taaruf untuk aktiviti LDK. Bagi sesi Mind Setting dan Teknik Belajar, antara aktiviti yang disediakan ialah Menuju Puncak, Jangan Tanya, Hakikat Diri Cemerlang dan Mind Mapping.

Bubble Number turut dimuatkan di dalam tentatif propec pada kali ini, dikendalikan oleh Haziq. Manakala aktiviti Telefon Karat dikendalikan oleh Hamizan. Aktiviti-aktiviti ini membuatkan adik-adik ini seronok dan bergembira sentiasa.

Tugas Teknikal amat rumit sekali kerana perlu menyiapkan barang-barang keperluan di dalam program, saya sudah usahakan yang terbaik. Namun, terdapat masalah dalam penggunaan speaker >.< Sound tidak berapa kuat sepanjang program, speaker di Dewan Aktiviti Tun Dr Ismail mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada akhirnya, program ini berjalan dengan sempurna. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Malahan, saya akan cuba yang terbaik pada masa akan datang.

p/s : Gambar-gambar sepanjang program dan video montaj sedang di upload. Di harapkan menunggu, :) Sekian, terima kasih. Assalamualaikum...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...