Adverts

Saturday, November 19, 2011

UTHM DotA Championship 2011


Pada hari ini, telah bermulanya pertandingan DotA 2011 di UTHM. Alhamdulillah, perasaan seronok dan gembira itu ada walaupun tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Hehe, tapi tidak mengapa. Sudah mencuba yang terbaik, harap pertandingan seterusnya dapat melakukan yang terbaik. Untuk melihat jadual dan keputusan kumpulan kami, anda boleh lah melihat nya dibawah.


Untuk memperbesarkan gambar, anda boleh klik pada gambar tersebut. Jika dilihat pada jadual tersebut. Kami menang 2 perlawanan dan kalah 2 perlawanan juga, sedih kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya. Perjuangan kami berakhir disini untuk pertandingan pada kali ini. Esok boleh lah saya bertugas di booth KKDK semula, :)


Di atas ini pula ialah keputusan perlawanan kami, :) Semua team telah melakukan yang terbaik dalam Kumpulan A, kepada yang mara iaitu Dreamzzz Team dan Rage tahniah dan semoga berjaya menuju ke peringkat yang seterusnya.

Untuk replay game kami, anda boleh download di bawah. Semua replay ini boleh dibuka di World of Warcraft III : Frozen Throne v1.24e sahaja.

Team Semut vs YuNO (Replay)
YuNO vs Dreamzzz Team (Replay)
YuNO vs Rage (Replay)
YuNO vs XPonential (Replay)

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum, :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...