Adverts

Tuesday, November 1, 2011

Welcome November

Selamat datang November ke blog saya, :)
Nampaknya sekarang ini musim hujan di Malaysia, boleh dikatakan setiap hari hujan. Agak sukar untuk bergerak ke luar rumah dan melakukan kegiatan luar. Alhamdulillah segala program berjalan lancar dan jayanya sepanjang bulan Oktober terutama sekali pertandingan Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land pada 29 Oktober 2011.

Penat lelah bersama rakan-rakan dalam melaksanakan program yang diberi sungguh bermakna, :) Harap dapat bekerjasama lagi pada program yang akan datang. Sebelum terlupa, Kak Mirad kita ada meminta gambar sepanjang pertandingan Si Kecilku Chak! & Kids in Wonder-Land berlansung. Usaha sedang dijalankan untuk mengambil gambar-gambar dari Ketua Unit Multimedia, hehe.

Terima lah lagu November Rain dari Gun N' Roses sepanjang musim hujan di Malaysia pada bulan November :P


Aktiviti untuk pelajar pada bulan November adalah Karnival Sukan Pelajar UTHM Ke-15 yang berlansung bermula 29 November sehingga 9 Disember.
Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak universiti, sila Klik Sini.

Itu sahaja, untuk post kali. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...