Adverts

Thursday, December 1, 2011

Malam Jalinan KKDK 2011


Semalam telah berlansungnya program Malam Jalinan KKDK 2011 untuk pengenalan mengenai KKDK kepada ahli-ahli baru KKDK. Program tersebut telah berlansung dengan jayanya, alhamdulillah. Dengan tema retro yang diberi oleh pengarah program, pakaian ala-ala retro memenuhi sebahagian dewan.

Gambar-gambar pada malam tersebut akan diupload ke blog ini secepat yang mungkin. Sedang menunggu bahan-bahan dari unit Teknikal untuk dikumpulkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, ucapan dari Penasihat KKDK iaitu En Syahrul, ucapan dari Pengerusi KKDK iaitu Abg Jef, ucapan dari Pengarah Program KKDK iaitu Tosiak, nyanyian Lagu Jalinan, beberapa aktiviti yang dilakukan oleh seorang yang agak popular dengan KKDK iaitu Cik Gojes ataupun boleh dikenali sebagai Mirad dan pelbagai aktiviti yang lain lagi.

Untuk melihat blog Cik Gojes, ayuh ke Sini.

Itu sahaja untuk kali ini, tidak banyak untuk diperkatakan kerana agak keletihan dengan pelbagai program yang dianjurkan. Tapi tidak mengapa kerana saya sungguh seronok. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.



2 comments:

CiK GorGeouS ! said...

kanapee terms 'agak popuLar' digunakan...cisss~

pRinCE rOAn said...

hehe, tape la~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...