Adverts

Tuesday, January 31, 2012

Kuliyah Maghrib Khas


Pada post yang lalu, saya telah bercerita serba sedikit mengenai Kuliyah Maghrib Khas yang di ceramahi oleh Ustaz Azhar Idrus pada 29 Januari yang lalu. Hari ini saya mahu kongsikan sebahagian sesi soal jawab dari ceramah tersebut di Youtube.

Semoga kita mendapat ilmu daripada ceramah beliau tersebut, Amin. Mari dengari,



Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih :)
Assalamualaikum w.b.t.


Sunday, January 29, 2012

Ustaz Azhar Idrus vs AJL26


Alhamdulillah hari ini dapat mengupdate blog ini, selepas cuti sekian lamanya. Tajuk post pada kali ini ialah Ustaz Azhar Idrus iaitu penceramah agama yang terkenal menentang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL-26) yang telah berlansung sebentar sahaja tadi.

Alhamdulillah saya sempat menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus secara live streaming sehingga tamat walaupun terlepas beberapa minit sesi soal jawab kerana keluar makan. Ceramah daripada beliau amat menarik sekali untuk diambil pengajaran setiap yang diperkatakan.

Dengar khabar dari beberapa rakan-rakan disana, saf di masjid tersebut penuh sama sekali dengan jemaah yang hadir. Alhamdulillah, bukannya mudah untuk melihat masjid yang besar penuh dengan jemaah melainkan daripada solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya.


Bercerita mengenai AJL26 pula, saya hanya dapat mendengar beberapa lagu sahaja kerana rakan serumah menonton rancangan tersebut. Saya tidak tahu siapa yang menang, jangan tanya saya. Tetapi dipercayai penonton disana amat ramai sekali.

Agama atau hiburan? Anda semua yang tentukan. :)
Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Wednesday, January 25, 2012

Xin Nian Kuai Le


Agak terlambat juga untuk mengucapkan Xin Nian Kuai Le yang menyambut Tahun Baru Cina pada dua hari yang lalu. Saya agak sibuk berjalan ke sana sini semasa cuti ini >.< Xin Nian Kuai Le bermaksud Happy Chinese New Year dalam bahasa chinese.

Seterusnya saya mahu berkongsi sedikit video di Youtube hasil karya CorridorDigital. Semua video mereka di render menggunakan Adobe After Effects. Boleh selongkar channel mereka ini di SINI. Semua effect yang mereka gunakan amat menarik, saya begitu kagum kerana mereka begitu hebat >.< Saya dalam proses pembelajaran lagi, walaupun sudah lama meninggalkan After Effects hampir 5 bulan.

Kepada gamers2 sekalian, anda semua pasti tahu mengenai permainan Skyrim yang begitu popular sekarang ini. Oleh itu, video dibawah ini berkisah tentang permainan tersebut hasil karya CorridorDigital. Tanpa membuang masa, ayuh saksikan.



Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Selamat bercuti!!!


Saturday, January 21, 2012

Books are dangerous. Play more video games.



Nasib baik hari ini ada masa lapang untuk mengupdate blog, yeahhh. Tajuk post pada hari ini ialah, "Buku adalah merbahaya. Main permainan video lebih banyak." ataupun dalam bahasa jawanya seperti tajuk di atas ini "Books are dangerous. Play more video games."

Mengapa saya berkata perkara sedimikian, haha. Ayuh kita saksikan sebuah video jenaka di Youtube hasil karya channel Smosh (Ianh dan Anthony). Video yang mereka upload adalah sangat menarik sekali untuk dipertontonkan. Untuk melihat channel mereka di Youtube, anda boleh KLIK SINI.



Anda sudah tahu mengapa buku sungguh berbahaya? Haha, :D Oleh itu, mari kita bermain permainan video lebih banyak.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Wednesday, January 18, 2012

Cuti-cuti


Mulai hari ini, saya akan bercuti selama beberapa hari. Yeay, :D Jadi saya tidak akan kerap mengupdate blog.

Assalamualaikum w.b.t.

Saturday, January 14, 2012

Perpustakaan UTHM & KyoPropaganda



Seperti yang kita tahu, Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini merupakan perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan menjadikan ia sebagai salah satu ikon di Malaysia.

Sebenarnya bukan mahu bercerita tentang perpustakaan ini, tetapi mahu kongsi sedikit video mengenai perpustakaan ini. Video korporat ini sungguh menarik untuk dipertontokan, satu langkah yang bijak dilakukan oleh pihak perpustakaan UTHM. Mari kita saksikan,



Seterusnya, saya mahu kongsikan sebuah channel di Youtube yang amat menarik bagi saya. Adakah anda kenal dengan mereka di bawah ini.


Siapakah mereka ini? Mereke dikenali sebagai KyoPropaganda di Youtube. Semua video yang mereka buat adalah sebagai hiburan semata-mata disorotkan dengan pelbagai jenaka. Mereka semua ini tiada kena mengena dengan video perpustakaan UTHM, xD Antara video yang diorang buat adalah seperti dibawah ini,





Untuk melihat channel Youtube mereka, anda boleh klik SINI. Mereka juga tersenarai didalam top 10 Malay Famaous Channel. Itu sahaja untuk post pada kali ini, :) sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

Thursday, January 12, 2012

Galeri MHS Persediaan Diploma


Segala gambar sepanjang program berlansung telah selesai diupload ke dalam photobucket dan mediafire. Untuk melihat semua gambar tersebut anda boleh klik bahagian page Galeri.

Program ini telah berlansung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 7 & 8 Januari. Program pada kali ini merupakan antara program yang paling menarik pernah saya terlibat. Walaupun menjadi unit multimedia, perasaan gembira melihat mereka seronok dan gembira selama dua hari tersebut.


Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Tuesday, January 10, 2012

MHS Persediaan Diploma 2012



Minggu Haluan Siswa Persediaan Diploma 2012 telah pun berakhir pada hari Ahad yang lalu. Ini merupakan program terbaik yang pernah saya terlibat, ^.^ sangat seronok melayan kerenah adik-adik lepasan SPM.


Gambar-gambar sepanjang program akan diupload dalam masa terdekat. Berikan saya masa untuk berehat seketika XD Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari facebook KKDK.



Di atas ini pula merupakan foto terakhir yang diambil setelah tamat MHS Persediaan Diploma 2012. Fasilator bergambar dengan adik-adik persediaan diploma setelah program tamat, agak sedih jugak berpisah dengan adik-adik tersebut. Tapi tidak mengapa kita masih boleh berjumpa dengan mereka dalam masa 4 bulan ini.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian.
Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Friday, January 6, 2012

Tag Nama Persediaan Diploma



Design Tag Nama telah pun disiapkan secara rasminya pada hari semalam, =.=" serakang ini tiada modal untuk menjadikan ia sebagai tag nama. Disebabkan program ini bukan dibawah PKPP, segala persiapan turut tergendala.

Mana nak cari duit untuk buat semua ini.


Tuesday, January 3, 2012

Program Persediaan Diploma 2012


Baru dapat berita semalam bahawa nama program telah bertukar menjadi Program Persediaan Diploma 2012 bukannya Program Persediaan Pra-Diploma. Mendapat aktiviti baru untuk membuat tag nama semasa Minggu Haluan Siswa Program Persediaan Diploma 2012 yang akan berlansung pada 7-8 Januari 2012.

Minggu ini nampaknya seakan sibuk dengan pelbagai aktiviti menarik, =.=" Dan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada yang menjalani peperiksaan akhir semester, test, kuiz, labsheet dan sebagainya. Tarikh tahun ini ialah 2012, jangan tersilap tulis 2011 :P

Semalam mendapat berita tergempar dari semua orang mengenai Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM. Tidak tahu berita tersebut benar atau tidak, malas nak cerita panjang-panjang. Kalau tersalah sebut, dosa yang kita dapat. Kalau betul, doa-doa kan lah beliau bertaubat.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Sunday, January 1, 2012

Tahun 2012


Selamat menyambut tahun 2012 pada hari ini kepada semua. Semoga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini, :) dengan azam yang baru dicipta harap dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti di UTHM telah dirangka untuk tahun 2012 ini contohnya kemasukan pra-diploma dan weekend escape 2. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat mewarnai keriangan di UTHM.

Berita baik dari luar pula, anda boleh lihat SINI. Jika ia benar, ia suatu berita yang baik buat seluruh umat Islam :)

Untuk software pada tahun 2012 ini, anda boleh lihat SINI.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, selamat menyambut tahun baru.
Assalamualaikum w.b.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...