Adverts

Sunday, January 29, 2012

Ustaz Azhar Idrus vs AJL26


Alhamdulillah hari ini dapat mengupdate blog ini, selepas cuti sekian lamanya. Tajuk post pada kali ini ialah Ustaz Azhar Idrus iaitu penceramah agama yang terkenal menentang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL-26) yang telah berlansung sebentar sahaja tadi.

Alhamdulillah saya sempat menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus secara live streaming sehingga tamat walaupun terlepas beberapa minit sesi soal jawab kerana keluar makan. Ceramah daripada beliau amat menarik sekali untuk diambil pengajaran setiap yang diperkatakan.

Dengar khabar dari beberapa rakan-rakan disana, saf di masjid tersebut penuh sama sekali dengan jemaah yang hadir. Alhamdulillah, bukannya mudah untuk melihat masjid yang besar penuh dengan jemaah melainkan daripada solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya.


Bercerita mengenai AJL26 pula, saya hanya dapat mendengar beberapa lagu sahaja kerana rakan serumah menonton rancangan tersebut. Saya tidak tahu siapa yang menang, jangan tanya saya. Tetapi dipercayai penonton disana amat ramai sekali.

Agama atau hiburan? Anda semua yang tentukan. :)
Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...