Adverts

Monday, February 27, 2012

Presentation Final Projek


ALhamdulillah, 2 final projek telah pun siap dibentangkan pada hari ini. Cuma ada masalah sedikit semasa pembentangan projek Database. Terlupa yang semalam ada membuat penambahan Auto Number di Database, dan coding di bahagian Delete tertinggal untuk membuang data AutoNumber. Agak kelam kabut sikit semasa pembentangan, arrrrghhhhh. Alhamdulillah, kesilapan tersebut dapat dibetulkan semasa pembentangan.

Untuk Projek Network, Alhamdulillah dapat markah yang baik. Bersyukur sangat-sangat sebab dapat tajuk CyberCafe, terima kasih juga kepada ahli-ahli dalam kumpulan kerana dapat memberi kerjasama semasa pembentangan. Terima kasih En Hannes, :D Terima kasih..terima kasih..terima kasih. Untuk projek database pula, En Amri mengatakan bahawa semua kumpulan mendapat markah yang baik. Alhamdulillah, walaupun presentation kucar-kacir. Fuuuh, ujian Allah s.w.t. datang pada bila-bila masa.

Ya, esok merupakan hari penting =.=" Test II Akaun. Subjek yang agak susah untuk semester ini tambahan juga, Kalkulator yang telah lama hilang sejak dari semester II. Subjek yang akan masuk ialah Pelarasan, Pengekosan dan Belanjawan Tunai. Semuanya mempunyai perngiraan nombor-nombor yang AMAT besar, maka kita akan menggunakan kaedah darjah satu untuk mengira kiraan tersebut.

Doakan saya semoga berjaya. Kepada rakan sekelas, Goodluck..All the best. Study-study, esok Test pukul 2 petang. Ada lagi masa, semoga Allah s.w.t. mempermudahkan kita menjawab pada hari esok AMIN.


Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, :) Assalamualaikum w.b.t.



Saturday, February 25, 2012

VB.net kepada Database (Video)



Alhamdulillah selesai sudah projek akhir Database untuk semester ini, kini hanya menunggu masa untuk membuat presentation pada hari Isnin ini sahaja. Laporan projek juga dalam proses untuk dilakukan. Di bawah ini merupakan ujikaji terhadap sistem yang telah dilakukan,



Projek ini masih dalam versi Beta, banyak yang perlu ditambah untuk menjadikan ia lebih berguna lagi. Tapi ini sahaja yang kami mampu lakukan dalam masa sebulan ini dengan mencari tutorial dan berjumpa dengan pensyarah.

Seterusnya adalah projek Network yang telah pun siap pada hari ini juga, namun tiada video Demo untuk dilakukan. Cuma perlu siapkan Laporan projek dan slide presentation pada hari Isnin ini sahaja. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan, Amin.

Pada hari Selasa pula, akan diadakan Test II Prinsip Perakaunan. Harap dapat buat yang terbaik hanya tinggal 3 hari sahaja sebelum test, latihan perakaunan pun belum siap lagi. Esok merupakan hari yang agak sibuk, @.@" Testing Project Network, Report Project dan Latihan Akaun. Semoga sempat siap dalam masa 1 hari itu, >.< Doakan saya supaya Allah s.w.t. memudahkan lagi perjalanan pada minggu depan dan seterusnya.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.


VB.net kepada Database (Complete)


Alhamdulillah tepat jam 1.10 minit pagi hari ini, selesai Projek Akhir Database saya. Setelah beberapa hari memeningkan kepala mencari tutorial coding, berulang-alik berjumpa dengan En Amri (Pensyarah Database) akhirnya selesai juga.

Pada hari esok pula, kami ingin mencuba sistem ini terhadap rakan lain. Adakah ia berfungsi dengan sebaiknya ataupun tidak, jika ia berfungsi dengan sebaiknya Alhamdulillah..jika tidak, harus berusaha keras lagi sehingga berjaya.

Waktu untuk berehat seketika sebelum menyambung kerja pada hari pagi nanti. Seterusnya adalah projek Network yang akan dibentangkan pada hari Isnin nanti, masa semakin suntuk =.=" masa berlalu dengan pantasnya dan tidak menunggu kita.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, selamat malam. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Untuk lihat perkembangan projek ini, sila lihat dibawah.
Hari Pertama : Connect Access
Hari Kedua : Delete Button
Hari Ketiga : Searching
Hari Keempat : Edit Button


Tuesday, February 21, 2012

Vb.net kepada Database (Edit Button)


Setelah empat hari berlalu, kita akan ke peringkat seterusnya iaitu membuat sebuah butang Edit di interface sistem. Apakah kegunaan butang ini, seperti yang En Amri beritahu kami ia membenarkan pengguna untuk mengubah suai tempahan yang telah dibuat. Jika terdapat sebarang kesilapan atau ingin mengubah tarikh ataupun tempat tempahan, ia akan lebih mudah jika disertakan sekali.

Oleh itu, cubaan pertama telah dilakukan dengan meletakkan butang Edit di sebelah paparan maklumat yang akan dikeluarkan. Pengguna akan diminta untuk mengisi no matrik dan tarikh tempahan tersebut dibuat, sistem akan memaparkan maklumat tempahan yang telah dibuat. Seterusnya, jika ingin mengubah satu-satu maklumat pengguna diminta menekan Edit. Ubah suai data akan dilakukan seterusnya.

Dibawah ini merupakan beberapa gambaran sistem yang kami cuba design dan belum siap sepenuhnya.

VB.net Gambar A

VB.net Gambar B

VB.net Gambar C

Database Gambar A

Database Gambar B

VB.net Gambar A merupakan paparan muka ataupun Home kepada sistem kami. Vb.net Gambar B pula merupakan paparan muka untuk membatalkan tempahan yang telah dibuat. Vb.net C merupakan paparan muka untuk mengubah suai tempahan yang telah dibuat. Database Gambar A ialah design view untuk field yang digunakan bagi database. Database Gambar B ialah contoh rekod yang bakal dimasukkan ke dalam Database.

Oleh itu, aktiviti yang seterusnya ialah :
1. Connect VB.net dengan Microsoft Access (Database)
2. Connect sesama sendiri 3 Form yang telah dibuat di dalam VB.net
3. Cipta coding untuk Record data di VB.net
4. Cipta coding untuk Searching data di VB.net
5. Cipta coding untuk Delete data di VB.net
6. Searching, Edit, dan Record digabungkan di setiap form yang telah dibuat.

Banyak aktiviti yang harus dimulakan sekarang. Yang tidak terlibat dalam aktiviti kumpulan, saya ulangi MY WORK IS NOT YOUR MARK. Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Hari Pertama : Connect Access
Hari Kedua : Delete Button
Hari Ketiga : Searching


Friday, February 17, 2012

VB.net kepada Database (Search)


Setelah berehat selama 3 hari, secara rasminya projek akhir ini disambung semula pada hari ini. Apakah aktiviti yang perlu dibuat selepas ini. Pada aktivti yang lalu En Amri telah meminta satu butang untuk menDELETE data ataupun rekod yang kita telah masukkan ke dalam Microsoft Access (Database). Oleh itu, sekarang ini kita perlu membuat coding Data Searching di VB.net supaya ia dapat detect/kesan data yang mana perlu di delete.


Menerusi idea saya, kita perlu memasukkan data yang penting iaitu No Matrik Pelajar/Staf dan juga Tarikh penempahan dibuat. Primary Key di database iaitu No_Matrik harus digunakan bagi mencari data yang pernah disimpan oleh pengguna tersebut. Tarikh pula digunakan bagi mengelakkan kekeliruan data daripada bercampur aduk dengan data yang lain.

Permasalahan sekarang ini, terdapat dua data yang perlu dicari di dalam Database =.=" Jika ia cuma satu data, masih boleh di Googlekan coding tersebut. So ianya suatu permasalahan yang agak besar, dan projek ini terhenti seketika. Kepada En Amri, sila bantu saya.

Hari Pertama : Connect Access
Hari Kedua : Delete Button

Monday, February 13, 2012

Vb.net kepada Database (Delete Button)


Semalam telah bercerita mengenai design projek akhir saya, hari ini saya mahu ceritakan update berita terbaru yang saya terima pada pagi tadi. Projek akhir ini akan dibentangkan pada 27 Februari 2012, =.=" agak lama juga masa yang diberikan. Oleh itu, hasil untuk projek ini haruslah terbaik. Akan saya usahakan, >.< walaupun memeningkan kepala membuat coding.

Berita selanjutnya, setelah saya menunjukkan design pertama saya kepada En Amri jawapan dari En Amri amat membuatkan hati gembira setalah berhempas pulas sekian lama. Tetapi terdapat kekurangan pada user interface projek saya, iaitu Delete Button. So, apa fungsi delete button ini. Delete Button digunakan untuk membuang rekod yang telah disimpan di dalam Database. Jadi ia perlu diletakkan di dalam sistem tersebut. Oleh itu, pada hari ini saya cuba mengubah user interface ini dengan meletakkan button delete.



Dengan button delete tersebut, windows form yang baru akan keluar. Pada windows form tersebut pengguna diminta untuk memasukkan data pengguna, dan sistem akan mencari data yang pengguna telah masukkan ke dalam sistem. Setelah pencarian, data yang pernah dimasukkan oleh pengguna akan dipaparkan di sistem. Dengan itu, pengguna akan dibenarkan untuk membuang data tersebut jika ingin membatalkan tempahan ataupun menekan butang cancel jika tidak ingin melakukannya.



Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Untuk ke post sebelum ini, sila klik SINI.


Sunday, February 12, 2012

VB.net kepada Database (Access)


Setelah menghabiskan masa di Microsoft Visual Basic 2010 Express (VB.net) hampir seminggu, akhirnya siap juga design yang pertama. Agak user friendly jugak kalau dilihat dari susunannya. Tambahan pula, ia juga mudah digunakan setelah siap nanti.

Kerja sekarang ini adalah untuk menghubungkan VB.net dengan Microsoft Access (Ms Access). Ia bukannya sesuatu yang mudah dan membuatkan perut anda lapar memikirkannya. Dengan coding yang bukan familiar dengan saya menambah derita memerah otak.

Oleh itu, lagi seminggu sahaja lagi untuk membentangkan projek akhir database ini. Kerja hampir siap, cuma perlu usaha sedikit. Buat sendiri lagi seronok daripada berkumpulan, yang tidak buat apa-apa "No Name For You". My works is not your mark, so goodluck :) have a nice day.


Jadi bagaimana kita mahu hubungkan data di MS Access seperti yang ditunjukkan diatas dengan VB.net dengan interface yang sedia ada. Kalau dah siap nanti baru cerita, :D haha.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian.
Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.


Friday, February 10, 2012

Selamat Hari Jadi Ibu

Semalam telah berlakunya sebuah peristiwa iaitu Hari Jadi Ibu saya >.< Tidak dapat pulang kerana minggu ini penuh dengan kelas dan assignment. Minggu depan baru dapat pulang ke rumah agaknya, belum dapat dipastikan lagi. Kepada Ibu saya, Zainon bte Sulaiman "Selamat Menyambut Hari Jadi !". Semoga sihat dan ceria selalu, :D


Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih :)
Assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, February 8, 2012

Assignment & Project

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada 2 orang rakan saya iaitu Mohd Hafiz Bin Daud dan Nursyafika bte Harsad pada hari ini :D Mintak maaf, sebab tiada hadiah untuk anda. Hanya wish sahaja, haha XD


Baiklah merujuk kepada tajuk diatas, dalam beberapa minggu ini saya akan sibuk dengan pelbagai assignment dan projek. Oleh yang demikian, saya kekurangan masa untuk mengupdate blog sekerap yang mungkin. Inilah rutin harian saya selepas ini,

Kita mulakan dengan subjek Network, apakah yang perlu dibuat untuk subjek ini. Lecturer telah memberi tugasan sebanyak empat labsheet =.=" dan satu final project iaitu membentuk satu rangkaiain cyber cafe yang akan dibentang pada 2 minggu lagi. Tiada perkembangan setakat ini, harap dapat siapkan awal.

Seterusnya, subjek Database yang kelasnya tenggelam timbul kejap ada kejap tiada seperti chipsmore. Setakat ini, yang diberi hanyalah final project iaitu membuat satu sistem tempahan bilik mesyuarat. Design sudah pun siap, sekarang ini hanya perlu hubungkan Visual Basic dengan database. Makan masa juga nak buat semua ini, =.=" haihh.

Selepas itu, subjek perakaunan yang memeningkan kepala anda dengan aset, liabiliti, hasil dan belanja. Kalau ada final projek untuk subjek ini tak tahu lah macam mana nak buat, setakat ini assignment agak memusingkan kepala. Setakat ini, semua kerja yang lecturer bagi tak pernah nak imbang =.=" cmne soalan tak tahu lah.

Kemudian, subjek Kemahiran Teknologi yang tak pernah nak ada kelasnya semakin merunsingkan minda bagaimana untuk menjawab soalan final pada kemudian hari. Bagaimana harus dilakukan, =.=" Tolonglah, please... Untuk subjek OOP, sudah banyak jugak assignment yang telah dilakukan. Final project tiada lagi setakat ini. Kalau ada makin menimbun lah kerja nampak gayanya.

Itu sahaja lah aktiviti saya yang akan datang, semoga berjumpa pada post yang akan datang.
Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Esok hari bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1432), umat Islam akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda s.a.w., namun harus kita bertanya kepada diri kita sendiri sejauh mana kita telah mencontohi dan melaksanakan segala yang diajar oleh baginda s.a.w. di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga Rasulullah s.a.w. semakin jauh dari kita, namun perjuangan baginda tetap membara dalam diri setiap umat Islam.

Marilah kita mencari semula mutiara keindahan hidup baginda s.a.w. Mari kita susuri dan teladani dakwah dan perjuangan baginda supaya diri kita sentiasa berada dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa dan perjuangan baginda tetap terpahat dan dekat di hati kita.

Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:

  • Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  • Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
  • Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
  • Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  • Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”

Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 2012 M (5 Februari) bersamaan 12 RabiulAwal 1433 H. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...