Adverts

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Esok hari bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1432), umat Islam akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda s.a.w., namun harus kita bertanya kepada diri kita sendiri sejauh mana kita telah mencontohi dan melaksanakan segala yang diajar oleh baginda s.a.w. di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga Rasulullah s.a.w. semakin jauh dari kita, namun perjuangan baginda tetap membara dalam diri setiap umat Islam.

Marilah kita mencari semula mutiara keindahan hidup baginda s.a.w. Mari kita susuri dan teladani dakwah dan perjuangan baginda supaya diri kita sentiasa berada dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa dan perjuangan baginda tetap terpahat dan dekat di hati kita.

Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:

  • Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  • Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
  • Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
  • Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  • Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”

Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau.

Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 2012 M (5 Februari) bersamaan 12 RabiulAwal 1433 H. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...