Adverts

Saturday, March 31, 2012

Review : The Darkest Hour (Movie)


Movie telah dikeluarkan pada 25 Disember 2011, tempoh cerita ini ialah 89 minit. Cerita yang agak pendek jalan ceritanya, namun mungkin anda tidak akan memahami beberapa babak dalam cerita tersebut.

Sinopsis
Sean dan Ben datang ke Moscow, Russia untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat En Skyler. Namun, En Skyler tidak menerima mereka malahan mengambil idea mereka untuk pembentangan syarikat. Kisah ini mencapai klimaks apabila secara tiba-tiba keseluruhan bandar Moscow menjadi gelap gelita. Turunnya satu cahaya oren daripada langit dan membunuh satu demi satu manusia. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, anda boleh menonton cerita ini.

Source
Internet Movie Database (IMdb)

My Review
Movie : 7/10
Graphic : 8/10

Screenshot



Download
DVDrip Mediafire

Pengakhiran cerita ini agak tergantung, kita tidak mengetahui apa situasi yang terjadi seterusnya. Mungkin ada sambungan daripada cerita ini dan mungkin juga tidak. Effect yang digunakan dalam cerita amat menarik sekali terutama sekali apabila makhluk asing tersebut menarik Ben. Tahniah diucapkan syarikat yang berpangkalan di Russia ini kerana mampu menerbitkan filem seperti ini.

Friday, March 30, 2012

Wahai umat Islam

Hari ini merupakan Jumaat terakhir bagi bulan Mac 2012, update blog selepas pulang ke rumah setelah selesai menunaikan solat fardhu Jumaat. Pagi tadi terbaca suatu berita di Harian Metro Online mengenai Moscow, Russia. Tajuk berita tersebut ialah umat Islam Moscow terpaksa solat dalam kesejukan.



Suasana di sana pada ketika ini ialah musim salji, apa yang difahamkan di Moscow hanya terdapat 4 buah masjid bagi menampung lebih dua juta umat Islam di sana. Jika dibandingkan dengan Malaysia yang mempunyai banyak masjid, masih ramai lelaki Islam yang tidak ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Untuk membaca berita selanjutnya, klik sini.

Masyarakat Malaysia harus bersyukur kerana diberikan kemudahan yang secukupnya oleh kerajaan bagi memenuhi tuntutan agama. Namun, agama dianggap remeh temeh oleh segenap lapisan masyarakat. Sama-sama lah kita fikirkan mengenai masa hadapan umat Islam di Malaysia.

Di sini saya ingin kongsi sedikit video mengenai solat. Video ini diberi oleh seorang istimewa bagi saya, :) terima kasih. Bersama-sama lah kita berkongsi serba sedikit ilmu,



Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Wednesday, March 28, 2012

Bahasa Johor

Tiba-tiba sahaja teringin post mengenai bahasa johor. Kepada kawan-kawan yang kat luar sana kalau tidak faham apa yang orang johor cakap, boleh cari maksudnya di sini.

Gebor – selimut
Robok / Gobok / Grobok – almari baju
Selipor - selipar
Ngeteh – lepak kedai untuk minum bersama rakan.
Rewang - gotong royong / tolong menolong sebelum majlis kenduri kahwin
Gendong - dukung anak / sedang membawa barangan
Gonjol – gila-gila sikit
Lincah – cepat / laju
Nyawit – pergi ke kedun untuk menyawit pokok kelapa sawit
Noreh - menoreh pokok getah.
Berendut – pergi dating
Epok – epok – karipap / currypuff
Jajan - makanan ringan , cam twisties, choki-choki
Ngelat – menipu dalam permainan
Gembeng - suka nangis
Pengkor - tangan yang tak reti baling atau baling sesuatu tak tepat
Semangka - tembikai
Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar
Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
Pestol – pistol
Hangen – angin
Air Tawo – Air Tawar
Pasor Lambak – Pasar Malam
Kocek - poket seluar

Apabila membaca semula sebutan yang selalu kami sebut, terasa kelakar pula xD haha. Di Johor ini juga terdapat bahasa jawa / jawo, tetapi saya cuma tahu sedikit sahaja >.< Kepada NABZ, kalau tidak faham apa yang saya cuba perkatakan minta maaf ye xP.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, March 27, 2012

Review : Avast Free Antivirus



Hari ini saya akan membuat review mengenai software antivirus iaitu Avast. Sebenarnya saya seorang yang malas mengguna antivirus =.=" saya tidak suka antivirus walaupun ianya berguna. Terdapat banyak antivirus yang berada di dalam pasaran kini.

Antivirus yang paling popular ialah Kaspersky, mungkin sebab ada Jackie Chan kot. Tapi sebenarnya dalam ranking antivirus yang paling bagus ialah BitDefender yang mengekalkan prestasinya sejak bertahun-tahun untuk mengungguli carta top 1 antivirus.

Source : Top Ten Antivirus Reviews

Tapi tidak mengapa saya cuma mahu kongsikan serba sedikit mengenai Avast. Semasa membeli laptop dahulu, antivirus memang sudah diinstallkan ke dalam laptop ini. Saya pun malas unistall biarkan sahaja, tetapi pada beberapa hari yang lalu saya terkejut melihat satu laporan dari avast.


Sepanjang menggunakan antivirus, tidak pernah satu antivirus yang mengeluarkan laporan sebegini. =.=" agak terkejut sedikit memandangkan saya tidak pernah melihatnya. Tambahan pula, sekarang ini website penuh dengan iklan yang merepek. Contohnya, jika anda ingin download sesuatu dari Mediafire akan ada satu iklan yang akan pop-out window secara automatik. Jika terdapat virus daripada link tersebut, antivirus avast ini akan block website tersebut dan akan mengeluarkan suatu notification mengenainya.

Website : Avast! Free Antivirus

Memandangkan saya tidak suka antivirus, saya bagi review mengikut kehendak saya.

My Reviews
Sotware : 5/10
Secure : 7/10
User-Interface : 8/10

Tetapi saya suka satu software yang dipanggil USB-Disk Security. Ia memang satu software yang terbaik pernah saya guna. Jika anda cucuk pendrive pada komputer atau laptop anda, secara automatik software ini akan scan pendrive tersebut. Saiz software ini juga kecil, saya memang sukakan ia. Mungkin ada review mengenainya nanti.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Monday, March 26, 2012

Review : The Adventure of Tintin (Movie)


Sebelum saya mulakan cerita, saya ingin memaklumkan bahawa sepanjang dua bulan ini saya membuat review mengenai movie, game, software dan sebagainya. Oleh itu, anda semua boleh berkunjung ke blog saya dari semasa ke semasa bagi mengikutinya.

Hari ini, saya akan membuat review mengenai sebuah movie yang bertajuk The Adventure of Tintin yang mula ditayangkan pada 21 Disember 2011. Tempoh masa cerita ini ialah 107 minit dan anda tidak akan merasa bosan sepanjang menontonnya. Apa yang menarik tentang cerita ini ya?

Synopsis
Cerita ini dimulakan dengan seorang reporter bernama Tintin membeli sebuah model kapal perang Unicorn dengan harga 1 pound. Mr Sakharine ingin membeli model kapal tersebut daripada Tintin, namun tawaran tersebut ditolak oleh Tintin. Cerita ini diteruskan dengan kehilangan model kapal tersebut dari rumah Tintin. Timbul tanda tanya mengenai rahsia yang terdapat pada model kapal tersebut. Pengembaraannya bermula untuk mengetahui rahsia pada model kapal tersebut selepas ia diculik oleh Mr Sakharine. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, anda boleh menonton cerita ini.

Source
Internet Movie Database (IMDb)

My Review
Movie : 9/10
Graphic : 10/10

Screenshot



Download
DVDrip Mediafire
BRrip Mediafire

Jalan cerita yang menarik, ada unsur-unsur lawak yang dipamerkan dalam cerita ini. Lakaran untuk watak-watak dalam cerita ini nampak seperti realistik contohnya seperti Mr Sakharine, ia kelihatan seakan manusia yang betul. Kebanyakan watak kelihatan hidup, suatu animasi yang hebat dari Columbia dan Paramount Pictures.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Saturday, March 24, 2012

Selamat Bercuti


Selamat bercuti kepada rakan-rakan samada yang telah pulang mahupun tidak. Sekarang ini fokus kepada perkara bukan pelajaran selama 2 bulan, :D setelah mendapat invite dari Steam untuk Dota 2. Kembali semula ke Dota setelah sekian lama berada di League of Legends, harap dapat main seperti biasa.

Itu sahaja, sebenarnya mahu ucap selamat bercuti sahaja. :) Semoga berjumpa lagi, Assalamualaikum w.b.t. Kepada NABZ, goodluck untuk Latihan Industri.


Tuesday, March 20, 2012

Study, study, again and again


Minggu ini merupakan minggu yang sukar untuk mengupdate blog, curi masa study sikit untuk update blog. Hari ini hari Selasa, tiada exam untuk hari ini. Tetapi Rabu, Khamis dan Jumaat merupakan hari exam untuk kursus tough =.=" 3 hari yang begitu bermakna untuk menghabiskan semester 4 ini.

Semalam exam kursus perakaunan dan kewangan, Alhamdulillah soalannya tidak begitu sukar untuk berfikir. Pengalaman mengmbil prinsip perakaunan semasa di tingkatan 4 dan 5 digunakan sebaiknya, terima kasih ya Allah.


Untuk exam yang seterusnya ialah kursus pengaturcaraan berorientasi objek, rangkaian komunikasi dan pangkalan data. Semoga Allah s.w.t. permudahkan exam tersebut, Amin.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih
Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, March 17, 2012

Dota 2 Inviting


Alhamdulillah hari ini ada berita baik untuk saya iaitu saya telah pun mendapat invitational untuk memasuki Dota 2 Community. Menunggu hampir 4 bulan, akhirnya beberapa ahli YuNO eSports bersedia untuk memasuki dunia Dota 2.


Anda akan menerima e-mail dari steam, jika anda seorang yang bertuah. Kemudian, anda boleh lihat aplikasi steam anda di Library. Terdapat Dota 2 game untuk di Install ke aplikasi steam anda.


Hari yang ditungu-tunggu telah pun tiba, sekarang ini focus untuk final exam yang mendatang. Selesai exam baru lah boleh menikmati saat-saat riang bersama Dota 2.

Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih :)
Assalamualaikum w.b.t.


Wednesday, March 14, 2012

Streaming


Beberapa hari yang lalu saya baru sahaja belajar bagaimana untuk membuat livestream video, walaupun tidak berapa pandai. Belajar cara untuk livestream game League of Legends terlebih dahulu. Jika saya membuat livestream, ia akan dipaparkan di website ini iaitu own3D.tv ataupun anda boleh terus ke channel saya di YuNO eSports.

Beberapa match replay gameplay saya telah pun di upload ke channel tersebut. Kepada yang tidak tahu apaa itu League of Legends mahupun Real Time Strategy (RTS) Game anda boleh lihat video di channel tersebut. Video tidak lah HQ mahupun HD, tapi ia masih boleh dilihat terutama sekali ia bukannya cetak rompak.

Site Streaming dan Live TV juga telah diupdate, jika ingin tahu apa yang diupdate anda boleh lah merujuk di site tersebut.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

Monday, March 12, 2012

Gudluck & All the best


Kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan mengambil exam yang bermula pada hari ini, good luck dan wish you all the best sepanjang peperiksaan. Semoga Allah s.w.t. permudahkan semasa menjawab soalan, Amin.


Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Selamat belajar.


Wednesday, March 7, 2012

Bowling Day


Aktiviti bersukan iaitu bowling telah diadakan pada hari ini. Idea ini datang ketika bermain permainan League of Legends (LoL). Seramai empat orang telah mengambil bahagian dalam aktiviti hari ini. Keputusan aktiviti pada hari ini adalah seperti dibawah.


Point - 1st place : 4 point, 2nd place : 3 point, 3rd place : 2 point and 4th place : 1 point in every game.

PACIFIC BOWL
------------------------------------------------
WELCOME TO PACIFIC BOWL
TEL: 07433 6933    FAX : 07438 1933


7-MAR-12        D1-0078118        12:18 PM
CHECK-IN/PREPAY/SHOES        LANE 16
12 GAMES RM 2.50 ADULT = RM 30.00
4 SHOES @ RM 2.00 = RM 8.00
AMOUNT DUE : RM 38.00
CASH PAID : RM 50.00
CHANGE : RM 12.00

THANK YOU AND SEE YOU AGAIN


Itu sahaja untuk post pada kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.


Sunday, March 4, 2012

Project - Logo Designer


Hari ini terjumpa satu pertandingan di Facebook iaitu membuat logo & tagline untuk sebuah kedai fesyen yang diberi nama Miss Ladyana Shop. Lihat status kawan-kawan kat News Feed, tiba-tiba ternampak ada seorang kawan yang like gambar kat page MissLadyanaShop. Saya pun lihat juga gambar-gambar yang ada kat situ, dan terlihat poster untuk pertandingan mencipta logo & tagline untuk kedai tersebut.

Terdetik di hati untuk bertanding dalam pertandingan tersebut. Design yang saya buat berada di bawah tajuk post pada kali ini, mungkin tidak berapa cantik. Jika ada rezeki, boleh lah buat wang saku di universiti nanti. Lagipun kami student Diploma iT tidak menyertai sebarang pertandingan berbentuk teknologi di universiti, ini sahaja lah yang kami mampu lakukan.

Disini juga saya ingin mempromosikan page Miss Ladyana Shop, untuk gegurl (wanita). Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan Logo & Tagline di page tersebut, anda boleh layari page tersebut di Facebook dengan nama page MissLadyanaShop ataupun klik SINI.

Info Miss Ladyana Shops : Selling shawls, handbags, clothes, inner, accessories inner & many more at a lot cheaper price!
Syarat-syarat Pertandingan : Gambar haruslah dalam format JPEG dan saiz adalah kurang dari 1mb
Gambar dan maklumat peserta (Nama, Alamat, No Phone, Blog/Website - jika ada) boleh dihantar melalui e-mel ke : missladyanashops@gmail.com
Pemarkahan yang diberi adalah berdasarkan 50% dari Like dan 50% dari juri.

Kepada rakan seperjuangan, minta pertolongan rakan untuk like logo saya ini dengan tagline Islamic Fashion Generation. Anda boleh ke SINI untuk like logo saya. Anda berkemungkinan diminta untuk like page MissLadyana sebelum dibenarkan untuk like gambar tersebut.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, :) Assalamualaikum w.b.t.

Thursday, March 1, 2012

OOP Final Project


Alhamdulillah sudah selesai projek Object Oriented Programming (OOP) pada hari ini, jangka masa untuk menyiapkan projek mencapai target iaitu kurang daripada 36 Jam. Bermula semalam pada pukul 6.00 petang, dan berakhir pada pagi tadi. Pada petang tadi hanya membetulkan kesalahan-kesalahan kecil yang terdapat di aplikasi.

Tajuk projek akhir OOP ialah Kalkulator Jam-Beban Mengajar. Kegunaan aplikasi ini adalah untuk mengira jam-beban mengajar pensyarah di Pusat Pengajian Diploma UTHM (PPD UTHM). Ciri-ciri yang terdapat didalm aplikasi kami akan diterangkan dibawah.

1. Aplikasi ini adalah dalam dwibahasa iaitu dalam Bahasa Melayu dan English. Pengguna boleh memilih bahasa yang sesuai untuk menggunakan aplikasi ini.
2. Fungsi button "Tambah" untuk mengira jumlah keseluruhan Jam-Beban Mengajar pensyarah.
3. Fungsi pengiraan seksyen yang berlainan bagi subjek yang sama turut disediakan.
4. Pengguna - Pensyarah

Antaramuka pengguna :



Uji-kaji aplikasi telah dijalankan bagi memastikan adakah sistem ini berfungsi dengan sebaiknya ataupun sebaliknya. Oleh itu, mari melihat video di bawah ini.

Uji-kaji Aplikasi



Jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini, anda boleh download menerusi link di bawah ini
DOWNLOAD

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...