Adverts

Wednesday, March 28, 2012

Bahasa Johor

Tiba-tiba sahaja teringin post mengenai bahasa johor. Kepada kawan-kawan yang kat luar sana kalau tidak faham apa yang orang johor cakap, boleh cari maksudnya di sini.

Gebor – selimut
Robok / Gobok / Grobok – almari baju
Selipor - selipar
Ngeteh – lepak kedai untuk minum bersama rakan.
Rewang - gotong royong / tolong menolong sebelum majlis kenduri kahwin
Gendong - dukung anak / sedang membawa barangan
Gonjol – gila-gila sikit
Lincah – cepat / laju
Nyawit – pergi ke kedun untuk menyawit pokok kelapa sawit
Noreh - menoreh pokok getah.
Berendut – pergi dating
Epok – epok – karipap / currypuff
Jajan - makanan ringan , cam twisties, choki-choki
Ngelat – menipu dalam permainan
Gembeng - suka nangis
Pengkor - tangan yang tak reti baling atau baling sesuatu tak tepat
Semangka - tembikai
Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar
Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
Pestol – pistol
Hangen – angin
Air Tawo – Air Tawar
Pasor Lambak – Pasar Malam
Kocek - poket seluar

Apabila membaca semula sebutan yang selalu kami sebut, terasa kelakar pula xD haha. Di Johor ini juga terdapat bahasa jawa / jawo, tetapi saya cuma tahu sedikit sahaja >.< Kepada NABZ, kalau tidak faham apa yang saya cuba perkatakan minta maaf ye xP.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

2 comments:

Nur Afrina said...

hehe~ faham ..
saya kan orang johor :)

pRinCE rOAn said...

hehe, orait2~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...