Adverts

Thursday, March 1, 2012

OOP Final Project


Alhamdulillah sudah selesai projek Object Oriented Programming (OOP) pada hari ini, jangka masa untuk menyiapkan projek mencapai target iaitu kurang daripada 36 Jam. Bermula semalam pada pukul 6.00 petang, dan berakhir pada pagi tadi. Pada petang tadi hanya membetulkan kesalahan-kesalahan kecil yang terdapat di aplikasi.

Tajuk projek akhir OOP ialah Kalkulator Jam-Beban Mengajar. Kegunaan aplikasi ini adalah untuk mengira jam-beban mengajar pensyarah di Pusat Pengajian Diploma UTHM (PPD UTHM). Ciri-ciri yang terdapat didalm aplikasi kami akan diterangkan dibawah.

1. Aplikasi ini adalah dalam dwibahasa iaitu dalam Bahasa Melayu dan English. Pengguna boleh memilih bahasa yang sesuai untuk menggunakan aplikasi ini.
2. Fungsi button "Tambah" untuk mengira jumlah keseluruhan Jam-Beban Mengajar pensyarah.
3. Fungsi pengiraan seksyen yang berlainan bagi subjek yang sama turut disediakan.
4. Pengguna - Pensyarah

Antaramuka pengguna :



Uji-kaji aplikasi telah dijalankan bagi memastikan adakah sistem ini berfungsi dengan sebaiknya ataupun sebaliknya. Oleh itu, mari melihat video di bawah ini.

Uji-kaji Aplikasi



Jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini, anda boleh download menerusi link di bawah ini
DOWNLOAD

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...