Adverts

Monday, March 26, 2012

Review : The Adventure of Tintin (Movie)


Sebelum saya mulakan cerita, saya ingin memaklumkan bahawa sepanjang dua bulan ini saya membuat review mengenai movie, game, software dan sebagainya. Oleh itu, anda semua boleh berkunjung ke blog saya dari semasa ke semasa bagi mengikutinya.

Hari ini, saya akan membuat review mengenai sebuah movie yang bertajuk The Adventure of Tintin yang mula ditayangkan pada 21 Disember 2011. Tempoh masa cerita ini ialah 107 minit dan anda tidak akan merasa bosan sepanjang menontonnya. Apa yang menarik tentang cerita ini ya?

Synopsis
Cerita ini dimulakan dengan seorang reporter bernama Tintin membeli sebuah model kapal perang Unicorn dengan harga 1 pound. Mr Sakharine ingin membeli model kapal tersebut daripada Tintin, namun tawaran tersebut ditolak oleh Tintin. Cerita ini diteruskan dengan kehilangan model kapal tersebut dari rumah Tintin. Timbul tanda tanya mengenai rahsia yang terdapat pada model kapal tersebut. Pengembaraannya bermula untuk mengetahui rahsia pada model kapal tersebut selepas ia diculik oleh Mr Sakharine. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, anda boleh menonton cerita ini.

Source
Internet Movie Database (IMDb)

My Review
Movie : 9/10
Graphic : 10/10

Screenshot



Download
DVDrip Mediafire
BRrip Mediafire

Jalan cerita yang menarik, ada unsur-unsur lawak yang dipamerkan dalam cerita ini. Lakaran untuk watak-watak dalam cerita ini nampak seperti realistik contohnya seperti Mr Sakharine, ia kelihatan seakan manusia yang betul. Kebanyakan watak kelihatan hidup, suatu animasi yang hebat dari Columbia dan Paramount Pictures.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...