Adverts

Tuesday, March 27, 2012

Review : Avast Free Antivirus



Hari ini saya akan membuat review mengenai software antivirus iaitu Avast. Sebenarnya saya seorang yang malas mengguna antivirus =.=" saya tidak suka antivirus walaupun ianya berguna. Terdapat banyak antivirus yang berada di dalam pasaran kini.

Antivirus yang paling popular ialah Kaspersky, mungkin sebab ada Jackie Chan kot. Tapi sebenarnya dalam ranking antivirus yang paling bagus ialah BitDefender yang mengekalkan prestasinya sejak bertahun-tahun untuk mengungguli carta top 1 antivirus.

Source : Top Ten Antivirus Reviews

Tapi tidak mengapa saya cuma mahu kongsikan serba sedikit mengenai Avast. Semasa membeli laptop dahulu, antivirus memang sudah diinstallkan ke dalam laptop ini. Saya pun malas unistall biarkan sahaja, tetapi pada beberapa hari yang lalu saya terkejut melihat satu laporan dari avast.


Sepanjang menggunakan antivirus, tidak pernah satu antivirus yang mengeluarkan laporan sebegini. =.=" agak terkejut sedikit memandangkan saya tidak pernah melihatnya. Tambahan pula, sekarang ini website penuh dengan iklan yang merepek. Contohnya, jika anda ingin download sesuatu dari Mediafire akan ada satu iklan yang akan pop-out window secara automatik. Jika terdapat virus daripada link tersebut, antivirus avast ini akan block website tersebut dan akan mengeluarkan suatu notification mengenainya.

Website : Avast! Free Antivirus

Memandangkan saya tidak suka antivirus, saya bagi review mengikut kehendak saya.

My Reviews
Sotware : 5/10
Secure : 7/10
User-Interface : 8/10

Tetapi saya suka satu software yang dipanggil USB-Disk Security. Ia memang satu software yang terbaik pernah saya guna. Jika anda cucuk pendrive pada komputer atau laptop anda, secara automatik software ini akan scan pendrive tersebut. Saiz software ini juga kecil, saya memang sukakan ia. Mungkin ada review mengenainya nanti.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...