Adverts

Wednesday, March 14, 2012

Streaming


Beberapa hari yang lalu saya baru sahaja belajar bagaimana untuk membuat livestream video, walaupun tidak berapa pandai. Belajar cara untuk livestream game League of Legends terlebih dahulu. Jika saya membuat livestream, ia akan dipaparkan di website ini iaitu own3D.tv ataupun anda boleh terus ke channel saya di YuNO eSports.

Beberapa match replay gameplay saya telah pun di upload ke channel tersebut. Kepada yang tidak tahu apaa itu League of Legends mahupun Real Time Strategy (RTS) Game anda boleh lihat video di channel tersebut. Video tidak lah HQ mahupun HD, tapi ia masih boleh dilihat terutama sekali ia bukannya cetak rompak.

Site Streaming dan Live TV juga telah diupdate, jika ingin tahu apa yang diupdate anda boleh lah merujuk di site tersebut.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...