Adverts

Friday, March 30, 2012

Wahai umat Islam

Hari ini merupakan Jumaat terakhir bagi bulan Mac 2012, update blog selepas pulang ke rumah setelah selesai menunaikan solat fardhu Jumaat. Pagi tadi terbaca suatu berita di Harian Metro Online mengenai Moscow, Russia. Tajuk berita tersebut ialah umat Islam Moscow terpaksa solat dalam kesejukan.



Suasana di sana pada ketika ini ialah musim salji, apa yang difahamkan di Moscow hanya terdapat 4 buah masjid bagi menampung lebih dua juta umat Islam di sana. Jika dibandingkan dengan Malaysia yang mempunyai banyak masjid, masih ramai lelaki Islam yang tidak ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Untuk membaca berita selanjutnya, klik sini.

Masyarakat Malaysia harus bersyukur kerana diberikan kemudahan yang secukupnya oleh kerajaan bagi memenuhi tuntutan agama. Namun, agama dianggap remeh temeh oleh segenap lapisan masyarakat. Sama-sama lah kita fikirkan mengenai masa hadapan umat Islam di Malaysia.

Di sini saya ingin kongsi sedikit video mengenai solat. Video ini diberi oleh seorang istimewa bagi saya, :) terima kasih. Bersama-sama lah kita berkongsi serba sedikit ilmu,



Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...