Adverts

Thursday, April 26, 2012

Suka tapi tak suka



Ya, itulah dia. Setting baru untuk blog, nampak agak ringkas sistem terbaru blog ini. Warna yang digunakan saya minat, putih dan oren. Memang mengikut warna logo blogger tersebut. Semua fungsi untuk blog telah di susun mengikut tab di bahagian tepi. Kalau orang yang pertama guna, memang pening kepala macam saya. =.=" Apa-apa pon sistem baru ini menarik, saya bagi 9/10 kt blogger.com.





Sebenarnya bukan mahu bercerita mengenai sistem blog yang terbaru ini, tetapi ingin menceritakan apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka. Agak pelik bunyinya sedikit, tapi ayuh mulakan.




Firstly, kentang. Saya ulang suara, kentang ya. Anda rasa saya suka kentang ke tak? 50:50
Suka : Kentang Goreng, Wedges, Kentang Putar, Kerepek Kentang, bergedil dan sebagainya.
Tak Suka : Apabila kentang dibuat masakan =.=" contohnya dimasukkan ke dalam sup dan masakan yang lain. Dan saya amat tidak meminatinya.

Secondly, kacang. Saya amat minat kacang, tetapi masih 50:50
Suka : Kacang Rebus dan sebagainya.
Tak Suka : Sama seperti kentang, tidak minat apabila kacang dimasukkan ke dalam masakan terutama sekali dalam mee sup, mee soto, dan yang sewaktu dengannya.

Thirdly, ubi. Yang ini pun 50:50
Tak Suka : Sememangnya tidak disukai.
Suka : Apa yang disukai hanyalah kerepek ubi, xD sedap

Antara lain yang saya tidak minat ialah keledek, peria, makanan-makanan yang pahit dan lain-lain. Malas tulis panjang-panjang, xD anda cari lah sendiri.

Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.


Saturday, April 21, 2012

Hujan Meteor Lyrid



Ingin berkongsi sedikit berita yang baru tadi dibaca melalui laman web. Pada hari ini, iaitu 21 April 2012 dan juga esok 22 April 2012 yang merupakan penghujung Jamadilawal bagi tahun ini akan berlakunya hujan meteor lyrid di angkasa.

Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.

Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.

Kejadian ini dijangka berlaku pada pukul 11 malam ini sehingga 5 pagi esok. Semoga malam ini menjadi malam yang indah untuk kita semua, dan jangan tidur lambat-lambat =.= Kalau ada kamera boleh lah kongsi gambar tersebut bersama kami semua. Dan jangan buat permintaan kalau nampak tahi bintang, permintaan harus dibuat pada Allah s.w.t. bukannya pada bintang.

sumber dari : Harian Metro

Thursday, April 19, 2012

This is call a design

Hari ini terpaksa mengupdate 2 blog, satu lagi blog untuk suka-suka sahaja. Tajuk post pada kali ini ialah mengenai design baju kelas yang baru buat tadi. Cuba design sepantas yang boleh sebab tidak mahu memberi tumpuan sangat terhadap perkara tersebut. Jadi idea yang telah keluar dari otak ini adalah untuk membuat dua baju yang sama tetapi satu untuk gegirl dan satu lagi untuk boboi.

Malas cerita panjang, anda boleh lihat design tersebut di bawah.



Itu sahaja untuk post pada kali ini, sekian. Terima kasih, Assalamualaikum w.b.t.

Wednesday, April 18, 2012

Typing Test

Anda selalu menaip assignment anda? Anda seorang gamer? Anda seorang pemain keyboard? Anda rasa diri anda merupakan penaip terpantas di Malaysia? Ayuh sahut cabaran saya!

Ia sungguh mudah, anda hanya perlu menaip seberapa banyak perkataan yang telah ditetapkan dalam masa seminit. Anda pasti boleh, yakin pada diri anda. Anda boleh berkongsi markah anda pada wall Facebook anda, semoga berjaya.


Klik SINI untuk mulakan cabaran.

Thursday, April 12, 2012

Kelebihan Membaca Yassin

Sudah beberapa hari tidak mengupdate blog, agak sibuk minggu ini. Hari ini ingin berkongsi sedikit petikan yang dibaca seketika tadi mengenai kelebihan membaca Yassin. Hari ini merupakan malam Jumaat, umat Islam akan membaca Yassin setelah solat Fardhu Maghrib. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihan membaca surah Yassin.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Iinfo Tambahan
Sabda Rasulullah s.a.w...

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

Semoga apa yang saya kongsikan ini, menjadi manfaat kepada semua. AMIN
Assalamualaikum w.b.t.


Saturday, April 7, 2012

Review : Kingdom Hearts 2


Review yang seterusnya ialah game Kingdom Hearts 2. Game ini juga merupakan perisian untuk Sony Play Station 2 (PS2) dan Sony Play Station Portable (PSP). Game ini dikeluarkan pada 22 Disember 2005 di Jepun dan diteruskan dengan kawasan lain bermula pada 28 Mac 2006.


Kingdom Hearts 2 ini merupakan sambungan dari siri pertama iaitu Kingdom Hearts. Pemain dikehendaki mengawal Sora (karakter utama) melalui third person camera angle. Namun begitu, first person camera juga boleh digunakan. Dalam siri ini, skill Dodge yang dimiliki oleh Sora telah ditambah baik dan juga tambahan Drive form untuk Sora.

About
Misi pemain pada kali ialah mengkaji mengenai sebuah organisasi iaitu kumpulan 13. Pemain dikehendaki mengalahkan ke semua ahli dalam organisasi tersebut.

Source
Kingdom Hearts II Wikia

My Review
Game : 10/10
Quality : 10/10

Screenshot






Wednesday, April 4, 2012

Review : Naruto Shippuden - Ultimate Ninja 5


Pada pagi yang mulia ini, saya mahu membuat review mengenai game Naruto Shippuden : Ultimate Ninja 5. Game ini merupakan perisian untuk konsol Sony Playstation 2 dan tidak akan dikeluarkan untuk PC. Game ini dikeluarkan pada 20 Disember 2007 di Jepun dalam versi Japan, dan pada 27 November 2009 bagi versi English. Sebenarnya saya baru download dan main game ini semalam, XD game ini sungguh menyeronokkan.


Apa yang membezakan Ultimate Ninja 5 berbanding siri sebelumnya ialah watak tambahan (support) boleh dipilih sendiri oleh pemain sebagai pembantu. Pemain boleh menggunakan satu combo link gabungan antara watak utama dengan pembantu bagi menghasilkan skill yang baru. Game ini berbentuk RPG dan pemain boleh mengawal watak untuk membuat quest dan sebagainya.

About
Misi pemain pada kali ini ialah menyelamatkan Kazekage iaitu Gaara dan serba sedikit mengenai Sasuke dan juga Sai.

Source
Naruto Wikia

My Review
Game : 9/10
Quality : 9/10

Screenshot



Character
Naruto Uzumaki
Sasuke Uchiha
Sakura Haruno
Kakashi Hatake
Rock Lee
Neji Hyūga
Tenten
Might Guy
Shikamaru Nara
Chōji Akimichi
Ino Yamanaka
Asuma Sarutobi
Shino Aburame
Kiba Inuzuka
Hinata Hyūga
Kurenai Yuhi
Gaara
Kankurō
Temari
Chiyo
Itachi Uchiha
Kisame Hoshigaki
Deidara
Sasori
Sai
Yamato
Jiraiya
Tsunade
Shizune
Orochimaru
Kabuto Yakushi
Jirōbō
Kidōmaru
Sakon and Ukon
Tayuya
Kimimaro
Hashirama Senju
Tobirama Senju
Hiruzen Sarutobi
Minato Namikaze
Hanabi Hyūga
Konohamaru
Anko Mitarashi
Haku
Zabuza Momochi

Disebabkan saya begitu minat dengan game naruto, memang dah tunggu lama untuk bermain game seprti ini di PC, =.=" kenapa mereka tidak mahu keluarkannya untuk PC. Tetapi tidak mengapa PcSx 2 sedia membantu anda untuk semua game sony playstation 2, anda hanya perlu download ia.

Itu sahaja untuk review pada kali ini, sekian. Terima kasih, assalamualaikum w.b.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...