Adverts

Saturday, April 21, 2012

Hujan Meteor Lyrid



Ingin berkongsi sedikit berita yang baru tadi dibaca melalui laman web. Pada hari ini, iaitu 21 April 2012 dan juga esok 22 April 2012 yang merupakan penghujung Jamadilawal bagi tahun ini akan berlakunya hujan meteor lyrid di angkasa.

Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.

Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.

Kejadian ini dijangka berlaku pada pukul 11 malam ini sehingga 5 pagi esok. Semoga malam ini menjadi malam yang indah untuk kita semua, dan jangan tidur lambat-lambat =.= Kalau ada kamera boleh lah kongsi gambar tersebut bersama kami semua. Dan jangan buat permintaan kalau nampak tahi bintang, permintaan harus dibuat pada Allah s.w.t. bukannya pada bintang.

sumber dari : Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...