Adverts

Friday, May 25, 2012

Jumaat Day

Hari ini merupakan hari penghulu segala hari. Oleh itu, lelaki beragama Islam yang tanpa keuzuran diwajibkan menunai Solat fardhu Jumaat. Oleh yang demikian, bagi yang tidak solat pula dia bukan lelaki melainkan perempuan. Tiada keinginan untuk mengutuk siapa-siapa, tetapi sendiri mahu ingat lah ya.


Jadi, tajuk khutbah bagi Masjid Jamek Kg Dato' Abdul Rahman Yassin ialah "Johor bebas daripada asap rokok". Nasib baik tak minum air masa dengar khutbah, kalau tak da tersedak. Nak tergelak pun ada jugak, =.=" Kalau fikir-fikir balik, dimana-mana sahaja ada perokok. Walau dimana anda berada, sekolah..masjid..universiti..semuanya sama sahaja.


Budak sekolah rendah pun ada yang dah merokok. Sebenarnya, mimbar hanya mengingatkan para jemaah untuk berhenti merokok bukannya menegaskan bahawa Johor kini bebas daripada asap rokok. Rokok sangat membahayakan kesihatan walaupun anda bukan perokok, asap rokok yang anda hidu juga boleh memudaratkan.

Kepada yang berkenaan silalah bertaubat.
Sekian, terima kasih.
Assalamulaikum w.b.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...