Adverts

Monday, June 25, 2012

Wacana Perdana 11 (Video)



Tajuk : PRU13 - Masa Depan Islam?
Tarikh : 24 Jun 2012 (Ahad)

Amin Idris - Moderator
Dr Fadzli - Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Ust Fathul Bari - UMNO
Dr Maza - Mantan Mufti Perlis
Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik

Hujah lawan hujah
Penuh Debaran
1001 Persoalan
Berhujah kerana kebenaran
Bukan kerana kemenangan
Bersikap profesional
Untuk menilai, siapakah yang berhak anda pilih!





Sunday, June 24, 2012

Wacana Perdana (Live)

Tajuk : PRU13 - Masa Depan Islam?
Tarikh : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam



Amin Idris - Moderator
Dr Fadzli - Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Ust Fathul Bari - UMNO
Dr Maza - Mantan Mufti Perlis
Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik

Hujah lawan hujah
Penuh Debaran
1001 Persoalan
Berhujah kerana kebenaran
Bukan kerana kemenangan
Bersikap profesional
Untuk menilai, siapakah yang berhak anda pilih!





Friday, June 22, 2012

Fatwa Forex 2012

Assalamualaikum w.b.t. hari ini, saya ingin berkongsi sedikit isu iaitu berkaitan InstaTraderForex yang akan kami ambil pada semester ini bagi kursus DAT32504 - Pembangunan Aplikasi e-Dagang.

Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halal kerapkali menjadi perdebatan dan persoalan. Dan tahun lepas JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :

1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi


Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :

1. Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
2. Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia


Walaubagaimanapun, satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.


Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.

Bagi kami, ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua sahaja.

Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.

“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.

Oleh itu, saya sebagai pelajar Diploma Teknologi Maklumat berasa serba salah untuk belajar mengenai subjek ini yang sering kali dikaitkan dengan InstaTrader Forex =.= Contest telah pun didaftar atas arahan PM Miswan tetapi tiada wang tunai realiti yang digunakan dalam berurus niaga.

Oleh kerana kami tidak mengeluarkan sebarang wang untuk contest ini, mungkin ianya tidak haram kerana PM Miswan yang menetapkan syarat jika mendapat tempat paling tinggi dikalangan pelajar PM akan memberi buku dan sebagainya.

Itu sahaja, sekian. Terima kasih. Sumber - Pelaburan Forex


Saturday, June 16, 2012

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum w.b.t.

Esok merupakan hari yang harus diingati oleh umat Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa Israk dan Mikraj, anda boleh ke link ini : ILuvIslam.com

Marilah kita berpuasa sunat pada esok hari.

Hukum Pertandingan

Assalamualaikum w.b.t. hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya terbaca dari beberapa website mengenai hukum menyertai atau mengadakan pertandingan. Oleh itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dalam kehidupan seharian kita supaya tidak terjerumus kepada perkara mungkar.

Dalam hukum mengadakan pertandingan dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan,yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya mendapat tempat pertama (menang), maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Semoga ilmu ini dititikberatkan dalam kehidupan seharian, supaya kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, June 10, 2012

MHS Diploma 2012/2013




MHS Diploma pada kali ini telah berlansung dengan jayanya yang diakhiri dengan Malam Cakna Warisan semalam. MHS selama 6 hari iaitu bermula dengan sesi pendaftaran pada 3 Jun 2012. Seramai lebih kurang 510 pelajar telah mendaftar untuk sesi kali ini. Bilangan pelajar lelaki lebih banyak berbanding pelajar perempuan.

Kemasukan untuk program Kejuruteraan Mekanikal pada kali ini lebih ramai berbanding program lain. Sementara itu, sambutan dari diploma asas seni bina yang baru diperkenalkan pada tahun ini juga amat menggalakkan.
Walaupun sebahagian daripada pelajar pernah menyertai program persediaan diploma, mereka menunjukkan sikap yang positif sepanjang MHS berlansung. Tahniah diucapkan kepada semua.

Selamat menempuh cabaran pada hari Isnin ini, :)

DOWNLOAD GALLERY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...