Adverts

Friday, June 22, 2012

Fatwa Forex 2012

Assalamualaikum w.b.t. hari ini, saya ingin berkongsi sedikit isu iaitu berkaitan InstaTraderForex yang akan kami ambil pada semester ini bagi kursus DAT32504 - Pembangunan Aplikasi e-Dagang.

Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halal kerapkali menjadi perdebatan dan persoalan. Dan tahun lepas JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :

1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi


Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :

1. Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
2. Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia


Walaubagaimanapun, satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.


Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.

Bagi kami, ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua sahaja.

Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.

“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.

Oleh itu, saya sebagai pelajar Diploma Teknologi Maklumat berasa serba salah untuk belajar mengenai subjek ini yang sering kali dikaitkan dengan InstaTrader Forex =.= Contest telah pun didaftar atas arahan PM Miswan tetapi tiada wang tunai realiti yang digunakan dalam berurus niaga.

Oleh kerana kami tidak mengeluarkan sebarang wang untuk contest ini, mungkin ianya tidak haram kerana PM Miswan yang menetapkan syarat jika mendapat tempat paling tinggi dikalangan pelajar PM akan memberi buku dan sebagainya.

Itu sahaja, sekian. Terima kasih. Sumber - Pelaburan Forex


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...