Adverts

Monday, July 30, 2012

Solat Tarawih

Selesema mengganggu solat tarawih saya pada hari ini, asyik terasa ingin ke bilik air membersihkan hidung ini. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kesihatan pada badan hambamu ini T.T

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Kadang-kala sesetengah masjid mahupun surau melakukan tarawih dengan pantasnya sehinggakan para makmumnya tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah.

“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya.”

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat.

“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari)

Tujuan:
  • Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  • Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.

“Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sunday, July 29, 2012

Solat Berjemaah

Solat adalah tuntut fardhu ain, manakala mengerjakannya secara berjamaah adalah tuntutan fardhu kifayah. Solat berjamaah, ganjaran pahalanya 27 darjat berbanding 1 darjat sahaja jika bersendirian.

Tahap pahala juga berbeza antara berjamaah di masjid, surau atau di rumah. Di masjid, setiap langkah diberi pahala dan pahala solat-solat sunat tahyatul masjid, qabliyah dan ba'diyah serta sunat iktiqaf. Di surau pahala tambahannya hanya pahala setiap langkah dan solat sunat qabliyah dan ba'diyah sahaja, sedangkan di rumah hanya pahala tambahan qabliyah dan ba'diyah sahaja. Namun demikian, solat-solat sunat digalakkan dibuat di rumah.

Menurut Imam Ahmad Ibn Hambal dalam bukunya "Betulkanlah Solat Anda" telah menyebutkan:

Wahai kaum, saya sudah (pernah) bersolat dengan kamu. Maka saya lihat sebahagian dari ahli masjid kamu mendahului imam dalam rukuk, sujud, ketika bangkit (dari duduk) atau ketika duduk. Tidak (sah) solat bagi orang yang mendahului imam.

Hari ini, saya telah melihat seorang bilal yang mendahului imam ketika bangkit dari sujud. Mahu ditegur takut dimarahi, hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan petunjuk kepada beliau.

Dijadikan seseorang itu Imam adalah untuk diikuti, bila ia sudah bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir, dan janganlah bertakbir sehingga ia bertakbir, dan bila ia rukuk, maka hendaklah kamu rukuk, dan jangan kamu rukuk sehingga imam rukuk, dan bila ia telah sujud, maka hendaklah kamu sujud, dan jangan kamu bersujud sehingga Imam bersujud. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Saturday, July 28, 2012

Berbuka dengan Kurma

“Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam, ayat 25)

Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa.

ALLAH SWT telah menjadikan kurma atau tamar dengan banyak keistimewaan dan kelebihannya. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manfaat serta memberi kesihatan bagi kehidupan manusia.

“Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia.

“Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut yang kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.” (Ibnu Qaiyyim)

Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.

Perhatian : Sila berhati-hati dengan kurma dari Israel.
Sumber : IslamItuIndah.my


Wednesday, July 25, 2012

Pintu Syurga Ar-Rayyan hanya untuk yang berpuasa

ALLAH tidak mensyariatkan puasa dengan tujuan yang sia-sia. Hasil kajian sains moden menunjukkan puasa memberi banyak faedah kepada kesihatan. [Kesan puasa terhadap kesihatan] Puasa adalah amalan sejagat. Bukan umat Nabi Muhammad SAW sahaja disyariatkan berpuasa. Bahkan umat-umat Nabi terdahulu juga berpuasa tetapi dengan tata cara yang berbeza.

Dalam sebuah hadis Nabi menjelaskan lima kelebihan bulan Ramadan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu.

“Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka iaitubau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi syurganya setiap hari, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam." (Hadis Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi daripada sahabat Abu Hurairah)


Antara keutamaan puasa yang besar dan bermakna ialah, ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Ini seperti yang disampaikan oleh sahabat Abu Hurairah r.a dari Nabi yang bermaksud:

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Puasa adalah perisai buat membenteng diri daripada melakukan dosa dan menjauhi api neraka. Nabi pernah berkata:

“Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”. (Hadis Imam Ahmad dan an-Nasai daripada sahabat Usman bin Abi al-As)


Mendokong makna yang hampir senada dalam hadis yang lain Nabi menyebutkan, “Sesiapa yang berpuasa sehari di jalah Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun.” (Hadis Imam Nasa’i ).

Baca lagi...



Tuesday, July 24, 2012

Kesan puasa terhadap kesihatan

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah : Ayat 183)

Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit.

McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: “Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.

“Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik”.

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:
  • Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
  • Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
  • Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
  • Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
  • Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
  • Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
  • Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
  • Memperelok dan membersihkan kulit.

Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur.” (riwayat Ahmad)

Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).

Menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak”. (riwayat Ibnu Majah)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya”. (riwayat Tirmizi)

Adapun doa saat berbuka yang bermaksud:

“Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah”. (riwayat Tirmizi)

Sumber : IslamItuIndah.my


Monday, July 23, 2012

Solat

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih lagi berpeluang bernafas dan melakukan tugas sebagai khalifah di atas bumi Allah ini. Semoga kita terus memperaiki diri kita dari hari ke hari, InsyaAllah~


Solat
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.

Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

Dalil
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
...maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (Surah an-Nisa, ayat 103)

Hadis Rasulullah s.a.w :
  • Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)
  • Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)

Syarat WAJIB Solat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal

Hukum Orang yang Meninggalkan Solat
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.

Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • Menurut Abu Hanifah - Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal - Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah

Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

Rukun Solat
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib

Sunday, July 22, 2012

Puasa tetapi tidak solat

Sebelum memulakan topik pada hari ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira dimana anda semua berada. Walaupun agak terlewat sedikit, tetapi tidak mengapa rasanya.

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat?
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidak diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad." (Syeikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin)


"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (Surah At-Taubah, Ayat 11)

"Pembatasan antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Para sahabat Nabi s.a.w. tidak pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir melainkan solat.” (Abdullah bin Syaqiq)

Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dilakukannya tidak sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dilakukan tidak bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Jika engkau puasa sekalipun namun tidak solat, amalan puasamu akan ditolak disebabkan perkara meninggalkan solat (tidak diterima ibadah daripadanya).

Sumber : Feryco.com


Wednesday, July 18, 2012

Ketagihan Internet

Mengalami ketagihan internet merupakan satu simpton yang boleh dianggap biasa. Ini kerana jumlah pertambahan pengguna internet kian bertambah dan menyebabkan semua golongan gemar menghabiskan masa di hadapan komputer.

Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook :

1. Online melebihi keperluan.
2. Urusan harian tertangguh.
3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan.
4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb.
5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda.
6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai.
7. Periksa e-mel, laman sosial dsb sebelum mulakan sebarang kerja.
8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer.
9. Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari.
10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi.
12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online.
14. Tidur terganggu kerana online.
15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”
17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar.
20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer.

Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet.

Sumber : MelayuKini.net

Friday, July 13, 2012

Hari Lahir

Menyambut hari lahir ini tidak salah, kerana Rasulullah berpuasa setiap hari Isnin untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun pada 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana telah Allah memberi peluang kepada kita hidup di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita perlu ingat jika majlis tersebut salah pengisiannya atau salah cara meraikannya dengan tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram.

Yang menjadi persoalan, bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Perkara ini bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab ianya bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Sumber : Ustaz Noramin


Sunday, July 8, 2012

Cinta?

Assalamualaikum w.b.t.

“Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain", Imam Syatibi.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta dalam hati itu bukanlah suatu dosa, dan bukanlah zina hati. Apa yang menjadi dosa adalah tindakan yang dilakukan oleh manusia tersebut dalam mempamerkan cintanya, adakah menepati syariat atau tidak.

Siapa pun tidak nafikan, andainya pasangan itu keluar berdua-duaan maka hukumnya menjadi haram. Bukan cinta dalam hati itu haram tetapi perbuatan keluar berdua-duaan itulah yang haram. Begitu juga halnya dengan berpegangan tangan, bersentuhan, dan sebagainya daripada perkara-perkara yang dilarang dalam agama.

Namun timbul persoalan, bagaimana pula dengan couple yang diistilahkan sebagai couple islamik? Sebuah couple di mana mereka berdating secara yang dibenarkan syarak iaitu dengan kehadiran orang ketiga, mereka tidak berpegangan tangan dan mereka menjaga batas-batas yang diletakkan oleh syarak. Apakah hukumnya? Adakah hukumnya juga haram? Berdua-duaan itu jelas diharamkan, tapi kalau bertiga adakah haram juga? Berpegangan tangan tu dah memang jelas haram, tapi kalau tak berpegangan tangan, haram jugak ke? Mendedahkan aurat tu jelas dah haram, tapi kalau tak dedahkan aurat dan menjaga batas, adakah haram juga?

Kalau anda bertanya hukum kepada couple yang tidak berdua-duaan, tidak berpegangan tangan dan tidak mendedahkan aurat serta menjaga batas maka tentunya couple sebegitu tiada asas untuk diharamkan.

Justeru, hukum yang paling sesuai yang boleh diletakkan adalah harus. Wajib pun tidak, sunat pun tidak, haram pun tidak, makruh pun tidak, jawabnya haruslah. Paling jauh pun, boleh dikategorikan sebagai khilaful aula (menyalahi keutamaan).

KHILAFUL AULA (MENYALAHI KEUTAMAAN)

Khilaful Aula adalah meninggalkan perkara yang melakukannya lebih baik atau melakukan perkara yang meninggalkannya lebih baik walaupun tiada sebarang larangan terhadapnya.

Ada perkara dalam agama yang tidak dapat kita letakkan hukum haram atau makruh padanya, tetapi sekadar berkata itu menyalahi keutamaan.
Sebagai contoh:
Solat di luar waktu hukumnya haram.
Solat di hujung waktu hukumnya makruh.
Solat di pertengahan waktu - Boleh dan diharuskan tetapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan kerana keutamaan adalah solat di awal waktu.

Contoh-contoh lain:
1) Apa hukumnya bercakap ketika berwudhuk atau mandi wajib?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak pelulah bercakap.
2) Apa hukumnya solat tanpa azan atau iqamat?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya azan atau iqamat terlebih dahulu.
3) Apa hukumnya mewariskan harta kepada anak sebelum meninggal?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya diwariskan selepas mati.
4) Apa hukumnya solat sunat 4 rakaat tanpa salam pada setiap dua rakaat?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya member salam setiap dua rakaat.
5) Apa hukumnya seorang suami mencium isterinya pada siang hari bulan puasa?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak perlulah bercium.
6) Apa hukumnya membaringkan jenazah mengadap qiblat tapi atas lambung kiri?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya dibaringkan atas lambung kanan.
7) Apa hukumnya bercakap ketika tawaf?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya banyakkan berzikir.
8) Apa hukum seseorang yang banyak mendengar muzik?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya seorang muslim itu mambanyakkan membaca Al-Qur’an dan berzikir.

Begitulah juga halnya apabila anda bertanya hukum bercouple yang terjaga batas-batasnya, kita tidak dapat mengatakan hal itu haram, tidak dapat juga mengatakannya makruh, jawapan yang dapat diberikan adalah hukumnya harus tapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan.

Maknanya kalau dapat elakkan, elakkanlah daripada bercouple walaupun couple anda tu islamik sekalipun. Tapi kalau dah tercouple tu pandai-pandailah jaga batas. Apapun, keutamaan anda sebagai mahasiswa bukan pada bercouple.

Sumber : K-PMMM Blogspot

Sunday, July 1, 2012

Hukum Iklan (Nuffnang, Google Adsense & etc)

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas saya ada terbaca suatu post mengenai hukum iklan Nuffnang, adverties dan sebagainya. Oleh itu saya ingin berkongsi mengenainya, semoga kita tidak melakukan kesalahan dalam kehidupan harian.

Maksud Iklan
Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada yang pernah memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit.

Hukum Menyertai
Harus(dibolehkan) – Selagi tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi oleh kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.

Pembeli dan Penjual
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik. Pembelinya – owner blog @ blogger yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Syarikat Pengiklanan
Semasa pemohon mengisi borang jenis iklan yang diingini, pemohon menerima iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon bersetuju dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi jika pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.

Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Peringatan
Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog klik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklanan.

Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung klik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika klik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”

Anda dibolehkan untuk membina ayat untuk menarik minat pengunjung melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tidakak salah rasanya.

Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).

Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.

Itu sahaja, sekian. Terima kasih. Sumber - The Unique Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...