Adverts

Sunday, July 8, 2012

Cinta?

Assalamualaikum w.b.t.

“Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain", Imam Syatibi.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta dalam hati itu bukanlah suatu dosa, dan bukanlah zina hati. Apa yang menjadi dosa adalah tindakan yang dilakukan oleh manusia tersebut dalam mempamerkan cintanya, adakah menepati syariat atau tidak.

Siapa pun tidak nafikan, andainya pasangan itu keluar berdua-duaan maka hukumnya menjadi haram. Bukan cinta dalam hati itu haram tetapi perbuatan keluar berdua-duaan itulah yang haram. Begitu juga halnya dengan berpegangan tangan, bersentuhan, dan sebagainya daripada perkara-perkara yang dilarang dalam agama.

Namun timbul persoalan, bagaimana pula dengan couple yang diistilahkan sebagai couple islamik? Sebuah couple di mana mereka berdating secara yang dibenarkan syarak iaitu dengan kehadiran orang ketiga, mereka tidak berpegangan tangan dan mereka menjaga batas-batas yang diletakkan oleh syarak. Apakah hukumnya? Adakah hukumnya juga haram? Berdua-duaan itu jelas diharamkan, tapi kalau bertiga adakah haram juga? Berpegangan tangan tu dah memang jelas haram, tapi kalau tak berpegangan tangan, haram jugak ke? Mendedahkan aurat tu jelas dah haram, tapi kalau tak dedahkan aurat dan menjaga batas, adakah haram juga?

Kalau anda bertanya hukum kepada couple yang tidak berdua-duaan, tidak berpegangan tangan dan tidak mendedahkan aurat serta menjaga batas maka tentunya couple sebegitu tiada asas untuk diharamkan.

Justeru, hukum yang paling sesuai yang boleh diletakkan adalah harus. Wajib pun tidak, sunat pun tidak, haram pun tidak, makruh pun tidak, jawabnya haruslah. Paling jauh pun, boleh dikategorikan sebagai khilaful aula (menyalahi keutamaan).

KHILAFUL AULA (MENYALAHI KEUTAMAAN)

Khilaful Aula adalah meninggalkan perkara yang melakukannya lebih baik atau melakukan perkara yang meninggalkannya lebih baik walaupun tiada sebarang larangan terhadapnya.

Ada perkara dalam agama yang tidak dapat kita letakkan hukum haram atau makruh padanya, tetapi sekadar berkata itu menyalahi keutamaan.
Sebagai contoh:
Solat di luar waktu hukumnya haram.
Solat di hujung waktu hukumnya makruh.
Solat di pertengahan waktu - Boleh dan diharuskan tetapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan kerana keutamaan adalah solat di awal waktu.

Contoh-contoh lain:
1) Apa hukumnya bercakap ketika berwudhuk atau mandi wajib?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak pelulah bercakap.
2) Apa hukumnya solat tanpa azan atau iqamat?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya azan atau iqamat terlebih dahulu.
3) Apa hukumnya mewariskan harta kepada anak sebelum meninggal?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya diwariskan selepas mati.
4) Apa hukumnya solat sunat 4 rakaat tanpa salam pada setiap dua rakaat?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya member salam setiap dua rakaat.
5) Apa hukumnya seorang suami mencium isterinya pada siang hari bulan puasa?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak perlulah bercium.
6) Apa hukumnya membaringkan jenazah mengadap qiblat tapi atas lambung kiri?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya dibaringkan atas lambung kanan.
7) Apa hukumnya bercakap ketika tawaf?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya banyakkan berzikir.
8) Apa hukum seseorang yang banyak mendengar muzik?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya seorang muslim itu mambanyakkan membaca Al-Qur’an dan berzikir.

Begitulah juga halnya apabila anda bertanya hukum bercouple yang terjaga batas-batasnya, kita tidak dapat mengatakan hal itu haram, tidak dapat juga mengatakannya makruh, jawapan yang dapat diberikan adalah hukumnya harus tapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan.

Maknanya kalau dapat elakkan, elakkanlah daripada bercouple walaupun couple anda tu islamik sekalipun. Tapi kalau dah tercouple tu pandai-pandailah jaga batas. Apapun, keutamaan anda sebagai mahasiswa bukan pada bercouple.

Sumber : K-PMMM Blogspot

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...