Adverts

Sunday, July 1, 2012

Hukum Iklan (Nuffnang, Google Adsense & etc)

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas saya ada terbaca suatu post mengenai hukum iklan Nuffnang, adverties dan sebagainya. Oleh itu saya ingin berkongsi mengenainya, semoga kita tidak melakukan kesalahan dalam kehidupan harian.

Maksud Iklan
Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada yang pernah memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit.

Hukum Menyertai
Harus(dibolehkan) – Selagi tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi oleh kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.

Pembeli dan Penjual
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik. Pembelinya – owner blog @ blogger yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Syarikat Pengiklanan
Semasa pemohon mengisi borang jenis iklan yang diingini, pemohon menerima iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon bersetuju dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi jika pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.

Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

Peringatan
Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog klik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklanan.

Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung klik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika klik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”

Anda dibolehkan untuk membina ayat untuk menarik minat pengunjung melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tidakak salah rasanya.

Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).

Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.

Itu sahaja, sekian. Terima kasih. Sumber - The Unique Blog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...