Adverts

Sunday, July 22, 2012

Puasa tetapi tidak solat

Sebelum memulakan topik pada hari ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira dimana anda semua berada. Walaupun agak terlewat sedikit, tetapi tidak mengapa rasanya.

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat?
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidak diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad." (Syeikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin)


"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (Surah At-Taubah, Ayat 11)

"Pembatasan antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Para sahabat Nabi s.a.w. tidak pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir melainkan solat.” (Abdullah bin Syaqiq)

Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dilakukannya tidak sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dilakukan tidak bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Jika engkau puasa sekalipun namun tidak solat, amalan puasamu akan ditolak disebabkan perkara meninggalkan solat (tidak diterima ibadah daripadanya).

Sumber : Feryco.com


2 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

masyaAllah, semoga kita hindar dari sifat sebegini... janganlah kita hanya menunaikan terawih sedangan solat wajib 5 waktu ditinggalkan.... semoga ramadhan kali ini lebih diberkati

pRinCE rOAn said...

yep, semoga Ramadhan pada kali ini lebih diberkati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...