Adverts

Sunday, July 29, 2012

Solat Berjemaah

Solat adalah tuntut fardhu ain, manakala mengerjakannya secara berjamaah adalah tuntutan fardhu kifayah. Solat berjamaah, ganjaran pahalanya 27 darjat berbanding 1 darjat sahaja jika bersendirian.

Tahap pahala juga berbeza antara berjamaah di masjid, surau atau di rumah. Di masjid, setiap langkah diberi pahala dan pahala solat-solat sunat tahyatul masjid, qabliyah dan ba'diyah serta sunat iktiqaf. Di surau pahala tambahannya hanya pahala setiap langkah dan solat sunat qabliyah dan ba'diyah sahaja, sedangkan di rumah hanya pahala tambahan qabliyah dan ba'diyah sahaja. Namun demikian, solat-solat sunat digalakkan dibuat di rumah.

Menurut Imam Ahmad Ibn Hambal dalam bukunya "Betulkanlah Solat Anda" telah menyebutkan:

Wahai kaum, saya sudah (pernah) bersolat dengan kamu. Maka saya lihat sebahagian dari ahli masjid kamu mendahului imam dalam rukuk, sujud, ketika bangkit (dari duduk) atau ketika duduk. Tidak (sah) solat bagi orang yang mendahului imam.

Hari ini, saya telah melihat seorang bilal yang mendahului imam ketika bangkit dari sujud. Mahu ditegur takut dimarahi, hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan petunjuk kepada beliau.

Dijadikan seseorang itu Imam adalah untuk diikuti, bila ia sudah bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir, dan janganlah bertakbir sehingga ia bertakbir, dan bila ia rukuk, maka hendaklah kamu rukuk, dan jangan kamu rukuk sehingga imam rukuk, dan bila ia telah sujud, maka hendaklah kamu sujud, dan jangan kamu bersujud sehingga Imam bersujud. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



2 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

betul tu.. solat berjemaah ni sgt byk fadhilatnya... MasyaAllah.. berdoa supaya terbuka hati org tersebut

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...