Adverts

Monday, July 23, 2012

Solat

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih lagi berpeluang bernafas dan melakukan tugas sebagai khalifah di atas bumi Allah ini. Semoga kita terus memperaiki diri kita dari hari ke hari, InsyaAllah~


Solat
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.

Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

Dalil
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
...maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (Surah an-Nisa, ayat 103)

Hadis Rasulullah s.a.w :
  • Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)
  • Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)

Syarat WAJIB Solat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal

Hukum Orang yang Meninggalkan Solat
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.

Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • Menurut Abu Hanifah - Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal - Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah

Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

Rukun Solat
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...