Adverts

Friday, August 3, 2012

Final Project Starting Line


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan ini saya rasmikan starting line untuk membuat final projek bagi semester ini. Antara kursus yang terlibat adalah DAT 32203 - Pemodelan dan Animasi 3D, DAT 32403 - Pengaturcaraan Berasaskan Web & DPK 20103 - Perniagaan dan Keusahawanan termasuk juga seminar bagi kursus DAT 32504 - Pembangunan Aplikasi e-Dagang.

Minggu-minggu yang akan datang merupakan minggu yang agak sibuk dengan assignment, mid-term test, kuiz, pembentangan projek akhir dan sebagainya. Oleh itu, mungkin kekurangan masa untuk melihat blog, bermain game dan sama erti dengannya =.="

Segala berita mengenai final projek saya akan dimuatkan di sini. Walaupun saya tidak berapa sihat, perjuangan harus diteruskan.

“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada, maka berkatalah malaikat: Kamu juga menerima sebagaimana doamu itu." (HR Muslim)

Goodluck rakan-rakan, :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...