Adverts

Wednesday, August 1, 2012

Keistimewaan Berpuasa

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al Baqarah, Ayat 183)

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:

  • Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

  • "Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tiada lagi yang boleh masuk ke dalamnya." (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim)

  • Allah telah memfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari seksaan api neraka sekaligus sebagai tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.

  • “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari seksaan api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi)

  • Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik.
  • Allah memberikan dua kebahagiaan kepada orang yang berpuasa iaitu bahagia ketika berbuka dan saat bertemu dengan Allah kelak.

  • “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Iaitu berbahagia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah." (HR. Imam Muslim)

  • Puasa telah dijadikan sebagai medan untuk memberi kesihatan dan penyembuh dari pelbagai penyakit.

  • “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim)

  • Allah menjauhkan wajah orang yang berpuasa dari seksaan api neraka.

  • “Barangsiapa berpuasa satu hari di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i)

  • Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya.

  • “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).” (HR. Ibnu Mundih)

  • Orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama dengan orang yang menerima itu sendiri meskipun dengan sepotong roti atau seteguk air

  • "Seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dari hasil yang halal, akan dimintakan keampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadha meskipun hanya seteguk air." (Hr. Abu Ya`la)

  • Orang yang berbuka puasa secara berjemaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (meminta keampunanan) baginya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...