Adverts

Thursday, September 6, 2012

Apabila Islam Hanya Tinggal Nama Sahaja (Bhg 1)


Artikel apabila Islam Hanya Tinggal Nama Sahaja :
Assalamualaikum w.b.t.

Alangkah bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah S.A.W. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Inilah generasi yang telah dicatat dalam lembaran sejarah kerana membantu Baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan Sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka iaitu akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar dan memperluaskan ajaran Baginda Rasulullah S.A.W. sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat. Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti Para Sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama Para Sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya. Tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam menghadapi segenap isu agama.


Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.


Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana Baginda sentiasa menerima wahyu daripada Allah Taala, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya.

Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: “Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali”. (Hadis riwayat Al Baihaqi)

Sumber : MyIbrah.com

16 comments:

ismi nurash said...

Allahuakhbar.. bahayanya zaman sekarang yg amat 'sakit' ni..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ismi Ya, dunia kian berubah. Masyarakat didalamnya turut berubah.

Nina said...

ehm zaman sekarang ni,kebanyakan ibu bapa rasa nama2 nabi 2 nama2 kolot la,ape la..tapi kalau nama canngih tanpa maksud pun takde maknanya..nina suka entri ni..suka blog ni..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nina terima kasih :)
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Lily said...

Islam hnya tggl nma.. dunia dh akhr zmn. :(

KA! said...

Zaman sekrung ISLAM hanya pada i/c, banyak keruntuhan akhlak, saya sendiri sebagai blogger tidak tahan melihat dunia yang penih dengan kemaksiatan dan banyak topik kita hari ini tentang remaja murtad tidak lari juga artis.

Apa anda nak kata tentang artis indonesia Jupe TAMPIL dengan imej bertato Lafaz Azam? http://www.klik-aje.com/2012/09/julia-perez-pamer-tato-lafaz-azam-di.html

haz said...

yup. skrg pn ramai parents yg nk bg nama ank gah2 mcm org barat. n kalau namakan ank dengn Rayyan pun dipanggailnya ala-ala Ryan. bunyik mcm org barat skit. haihhh. =.='

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@lily benar2, kiamat semakin menghampiri. Tanda2 kecil telah kelihatan,

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@KA ya, tetapi Alhamdulillah ramai artis wanita pada masa kini telah terbuka hati untuk memakai hijab. Semoga lebih ramai lagi artis dan umat Islam lain lebih mendekati Islam dengan lebih mendalam.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz munkin mereka ingin nama panggilan nama anak mereka sedap didengar tanpa mengetahui maksud nama tersebut.

hainom OKje said...

Yang penting.... bagaimana kita nak menerapkan kecintaan kita kepada baginda dan islam.....

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom betul, :) Islam agama yang indah

miss mysterious said...

zaman sekarang, macam-macam yang trjadi.. kadang-kadang diluar jangkaan dan tak sangka boleh terjadi.. unpredictable..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@MM benar sekali,
pembunuhan, huru hara, banyak sekali berlaku. Tidak terkecuali juga, negara kita sendiri Malaysia.

Everything's Everythings said...

setuju sgt dgn pengisian ni.. sama2 kita memperingati.. kalau lihat dah berapa org yg namanya Islam, tapi buat benda2 yg dilarang islam dikhalayak org ramai.. nauzubillah

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE benar sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...