Adverts

Tuesday, September 25, 2012

Betapa Malunya Kita Apabila

Assalamualaikum w.b.t.

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yang bersih di depan pintu rumah kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagia memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentang lagu-lagu barat yang melalaikan daripada selawat dan berzikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yang tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Namun, Baginda tentu tetap tersenyum...

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Namun, Baginda tentu tetap tersenyum...

Tidak termasuk lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah. Tidak termasuk juga koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Tidak termasuk koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini?

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.

Namun, Baginda akan tetap tersenyum...

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluarga kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita. Apakah yang akan kita lakukan? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan berasa malu.

Maafkan kami wahai Rasulullah, masihkah Baginda tersenyum?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir.

Oh betapanya malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah. Fikirkanlah, peringatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat.

Sumber : UBS PMRAM

17 comments:

Nur Afrina said...
This comment has been removed by the author.
Nina said...

Terima kasih..entri ni banyak bagi kesedaran kat nina..

hainom OKje said...

Fir tQ.....tazkirah petang hari ini....manusia memang selalu lupa dan perlu diingatkan... sekurang-kurangnya kelupaan kita itu belum sempat pergi jauh....dah kembali semula dengan adanya pengisian ini...

siti naqiah said...

wuuuu, sadisnya..smoga kita jaoh drpd perkara2 yg memalukan itu T.T

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nina sama2 :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom_okje sama2, semoga menjadi peringatan kpd kita semua :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah Insya'Allah :)

Sanji Ngatmi said...

penah jumpa nasihat ini .. tapi dimana ya ..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@Sanji Di MyIbrah dan juga link pada sumber diatas :)

Everything's Everythings said...

MashaAllah thanks for reminding ^^
byk pengajaran yg dpt diambil..

eikyn grinx's said...

suke entry ni...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE welcome :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@eikyn terima kasih :)

✿Lady Ainaa✿ said...

kalau Rasulullah masih hidup skrg, sudah tentu baginda sangat sedih apa yang sedang berlaku dengan umatnya.. kalau ena jadi seperti di atas, ena sangat malu untuk berjumpa dengan Baginda sbb ena tahu ena pun tak pernah lari dari buat silap.. bertaubat, buat lagi.. ya Allah, semoga Allah sentiasa bukakan pintu taubat dlm diri hambaMu ini

Irwan Syah@ Wak said...

nice entri....thanks bro...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@Ainaa Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dan berada dalam keredhaanNya, Insya'Allah.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@wak welcome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...