Adverts

Friday, September 14, 2012

Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Assalamualaikum w.b.t.

Siapakah Dr Muhammad Afifi al-Akiti? Berkemungkinan ada yang telah mengenalinya dan ada yang tidak. Dr Muhammad Afifi al-Akiti boleh dikenali juga sebagai Sheikh Afifi. Sheikh Afifi ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan orang berbangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia itu.


Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali.

Penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (Medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.


Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.


Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam. Manakala pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.



Sumber : Muslim Civilization Project
Sumber : Al-Ahkam.Net

15 comments:

hainom OKje said...

Wah!!!! OKje tumpang bangga ni sebab rakyat Malaysia..... bila dah tengok orangnya teringin pulak nak tengok anak bini dia ek!!!

Sejuk perut ibu dia mengandung!...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom_okje yep :) tokoh sebeginilah yang harus ditonjolkan oleh arus media perdana sebagai tanda sokongan kepada para ilmuwan islam yang semakin pupus bilangannya hari ini.

KA! said...

patut ia dijadikan idola bukan seperti artis @ ahli sukan nama dotdotdot.. islam itu indah, jika dijaga baik lagi tserlah keindahan islam itu

siti naqiah said...

serius bangga sebab die Melayu Islam..subhanallah, pencapaiannya setanding dengan org luar, tokoh cmni la patot kita sanjung dan hormati..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@KA benar sekali..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah yep, berita mengenainya jarang dipaparkan di media.

siti naqiah said...

betol tu, sbb tu rmai yg xtau *termasuk kite ^^,

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqih sebenarnya nie pon bru tahu xD

siti naqiah said...

ohh yeke? hehe..takpe2, tengs tau sbb sharing info bermanfaat ni :D

Azriff Aziz said...

kalau tak silap, prof ni pernah masuk tv sebab dia orang melayu pertama menjadi pensyarah di oxford. tapi tak tau la kepastiannya. hehe

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah haha, welcome :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@azriff pena masuk tv3, yg mcm video kt u-tube uh.. xD

✿Lady Ainaa✿ said...

masyaAllah!!! tahniah!! memang geniuslah kalau dapat mengajar di sana... ena turut tumpang gembira

Irwan Syah@ Wak said...

tahniah buat Dr Muhammad Afifi al-Akiti.....

Everything's Everythings said...

Bangganya ad org melayu yg hebat begini ^^
tahniah utk dia ;D
semangat nk harumkan nama negara juga mcm ni ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...