Adverts

Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia 2012

Assalamualaikum w.b.t.


Pada hari ini, kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Sambutan ini istimewa kerana buat kali pertama kita akan meraikan hari yang bermakna dan bersejarah ini di negeri Sarawak secara besar-besaran. Dan tema pada tahun 2012 ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Janji DiKecapi DiTepati Rakyat Sejahtera.

Sempena Hari Malaysia di penghujung Syawal dan masih dalam sambutan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama memaafi dan memuhasabah diri dengan kembali kepada fitrahNya.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W. : “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…” (Muttafak ‘alaihi)


Dalam situasi maruah Islam semakin dijatuhkan oleh konco zionis kini, marilah berpadu dan bersatu hatilah demi mempertahankan jati diri, keimanan, maruah Islam dan negara bagi kelangsungan ibadah, keharmonian masyarakat dan pembangunan bermaruah Negara yang disayangi ini. Semoga kita semua terus bersama merasai nikmat dan erti sebenar penyatuan dan kemerdekaan Malaysia.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Imran, Ayat 103)

Selamat Menyambut Hari Malaysia :) walaupun tidak sempat menukar header sempena Hari Malaysia pada kali ini kerana kesibukan masa =.="

12 comments:

Nur Afrina said...

Semoga Malaysia menjadi salah satu negara Islam yang unggul di mata dunia nanti :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina haha, yep :D

EH - Eklamasi Holistik said...

Selamat Hari Malaysia yg ke-49 Muhammad Firdaus Bin Kamarudin :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EH haha, selamat hari Malaysia juga :D siap tulis nama penuh lagi xD

CikMunBlogger said...

Selamat Hari Malaysia . :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@cikmun selamat hari Malaysia juga :)

Everything's Everythings said...

Selamat hari Malaysia ^^
bersatu padulah kita sesama ummah ;D

Ira Humaira said...

Selamat hari Malaysia :) Eratkan ikatan perpaduan tnpa mengira warna kulit dan bngsa..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE Selamat Hari Malaysia :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@Ira Selamat Hari Malaysia juga :)

Hani Othman said...

selamat hari malaysia...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hani selamat hari Malaysia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...