Adverts

Wednesday, September 5, 2012

Hukum Menonton Wayang

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari yang mulia ini, saya ingin berkongsikan mengenai sebuah ilmu berkaitan wayang yang saya baca daripada sebuah website beberapa hari yang lalu. Pertama sekali, saya tidak suka menonton wayang =.=" Hanya sekali sahaja menonton wayang di pawagam itupun kerana ajakan sahabat handai.

Hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.


Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya. Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan
2. Kedudukan yang bercampur
3. Fitnah ( tajuk yang luas dan perlu diperincikan )

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan.


Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat? Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.

Dari Abu Abdillah An-Nu'man bin Basyir Radhiallahu'anhuma berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang Haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (shubhah), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya daripada perkara yang samar-samar itu, bererti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati. (HR Imam Nawawi)


Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.

Sumber : Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab
Sumber lain : ILuvIslam.com

13 comments:

Everything's Everythings said...

Dah lama juga aku tak ke pawagam.. tapi kalau di pawagam dulu duduk sama2 kawan lelaki so xkisah la

bak nasyid raihan, berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE ya, betul.

✿Lady Ainaa✿ said...

ena dah lama x jejak kaki ke wayang.. dulu kaki wayang, skrg ni mls dah pergi sbb baik download dari internet je... terima kasih sharekan bende ni.. ena ade dengar juga sebelum2 ni perkara sedemikian.. masyaAllah

siti naqiah said...

teng sbb share this useful thing..sekarang bru jelas, mcmana tgk wayang n karaoke tu jatuh jadi haram..tengs again ye :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ena & @naqiah sama2 :)

haz said...

thanks 4 sharing! baru tahu. wuuu >.< tp selama haz pergi tgk wyg ni semuanya dgn kawan perempuan haz..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz kalau tidak melibatkan pergaulan tidak mengapa :)

haz said...

eh? yeay! hihi

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz yep :)

Dkna Abza said...

erkkk..dah lama tak tengok wayang

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@dkna tengok movie kt internet shj :)

PotiaCasaDelarossa said...

NICE SHARED.. SEMOGA JADI PANDUAN DALAM HIDUP KITA..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@Potia ya, betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...