Adverts

Sunday, September 23, 2012

Islam Adalah Rahmat

Assalamualaikum w.b.t.

Ada orang pernah merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam. Dia rasa penat. Katanya: “Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh”

Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: “Kenapa lah aku kena buat begini, begitu?”

Sebenarnya, Allah suruh buat itu dan ini dalam kehidupan kita, adalah kerana kita memerlukannya.

Allah Yang Menciptakan Kita

Satu perkara yang sering kita terlupa, tetapi kita tahu akan halnya adalah: Allah itulah Pencipta kita. Di sini, kita dapat melihat Kenapa Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui. Dia juga adalah Yang Maha Bijaksana. Keagungan Allah SWT tidak akan sampai akal kita memikirkannya, dan Dia langsung tidak akan sama dengan ciptaan-ciptaan-Nya.

Pencipta, lepas itu tahu apa yang diperlukan oleh yang diciptakan-Nya. Maksudnya, apa-apa yang Allah arahkan untuk kita, menyuruh kita melakukan itu dan ini, adalah untuk kita, manusia ciptaan-Nya bergerak dalam keadaan terbaik sekali. Agar hidup kita tidak berdepan dengan situasi masalah. Jadi, Allah menyuruh kita melakukan itu dan ini adalah kerana kita memerlukan ia.

Macam kita nak main game. Pencipta Game berkata: “Game aku ni, nak main kena pakai graphic Card NVIDIA GeForce 9900 GT. Kalau tak, main dia tak bagus lah. Tersekat-sekat”. Maka, untuk bermain game dengan kepuasan tertinggi, kita pun membeli Graphic Card itu, dan meletakkan ia di dalam komputer kita.

Macam itulah analoginya kita dengan Allah S.W.T. Kita hendak kehidupan yang baik, maka Allah sebagai pencipta kehidupan kita berkata: “Cara kehidupan di sisi Aku hanyalah Islam”. Maksudnya, hendakkan kehidupan yang terbaik, manusia kena ambil Islam. Maka, kita kena lah ambil Islam. Kita ambil Islam, bukan sebab kena, tetapi sebab kita memerlukan Islam untuk kehidupan yang terbaik.

Allah Maha Mengetahui

Bagi mereka yang menyedari hal keperluan ini, maka mereka akan berusaha memaksa diri mereka untuk melaksanakan apa sahaja yang Allah S.W.T. arahkan. Hal ini kerana, mereka mengetahui bahawa, apa sahaja arahan Allah SWT adalah kerana manusia memerlukan.

Allah suruh kita solat, adalah kerana manusia memerlukan checkpoint dalam hidup dia. Jiwa manusia perlu keluar dari dunia yang mayghul, sesak, bermasalah ini sementara, berkaunseling dengan Allah SWT, recharge semula kekuatan, kemudian masuk kembali ke dalam dunia dan mengharungi arus kehidupan. Sebab itu, 5 hari sekali solat kita, siapa yang menghayatinya, maka masalah hidupnya akan mampu dilalui dengan baik.

Allah suruh kita baca Al-Quran, kerana kita perlukan Al-Quran untuk menguatkan iman kita. Di dalam Al-Quran adanya aqidah kita. Kita tidak boleh nampak Allah, Rasulullah S.A.W. pula telah wafat, maka Al-Quran sahaja wakil langit yang masih tinggal, Kalam Allah yang takkan berubah.

Allah menyuruh kita menjaga hubungan dengan orang lain, sebab kita perlukan kawan, teman untuk mengharungi hidup. Allah tahu, keperluan manusia kepada ‘perkara yang terlihat’, sebab itu Dia menyuruh kita berta’aruf dan membina hubungan yang baik. Kita perlukan kesatuan untuk hidup aman damai.

Begitulah yang lain-lain. Semuanya kerana kita perlu. Manusia perlukan dan Allah tahu manusia memerlukannya, sebab itu Allah suruh manusia melaksanakan segala suruhan-Nya.

Kenapa perlu menyembah Allah?

Soalan kena ni, paling cepu mas sekali adalah kenapa Allah kita jadikan tuhan. Kenapa tak ambil pokok, kenapa tak ambil batu, kenapa tak ambil matahari?

Sebab Allah itu memang Rabb, Tuhan, Ilah kepada alam ini dan segala isinya. Sebab hanya Allah sahaja yang mempunyai sistem lengkap, sempurna dan memenuhi kehendak manusia yang sebenarnya, seterusnya memenuhi maslahat alam seluruhnya. Adakah sesuatu yang lain(atau kalau benar ada tuhan lain pun) dalam dunia ini mampu memenuhi maslahat kehidupan insan dan alam seperti Allah S.W.T. memenuhinya?

Kesimpulannya, kita sembah Allah S.W.T., sebab kita memerlukan Rabb, Tuhan, Ilahi seperti-Nya. Tanpa menjadikan Allah S.W.T. sebagai Ilahi, Rabb, Tuhan kita, mengikuti segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, kita tidak akan mampu menjalani kehidupan ini secara sempurna. Dan, kalau kita sempurna pun, belum tentu lagi sekeliling kita akan mengalami kesempurnaan.

Kehebatan Allah S.W.T. adalah, Islam itu bukan untuk kepuasan individu sahaja, ia punya kaitan yang sangat banyak dengan semua yang wujud di alam ini. Tahukah Kenapa Islam mengajar kita menjaga kebersihan? Kenapa Islam mengajar kita jangan membazir air? Kenapa Islam mengajar berakhlak? Kenapa Islam mengajar agar menjaga masa? Kenapa Islam mengajar jangan potong pokok tanpa sebab? Adakah semua itu berkaitan dengan seorang manusia sahaja? Atau semua itu ada kaitan dengan manusia lain dan alam?

Cuba kita fikir, kaitkan semuanya, dan lihat apa hasilnya. Tidakkah dengan melaksanakan Islam, seluruh dunia akan menjadi baik? Siapa yang aturkan Islam yang serba canggih dan jauh ke hadapan ini? Allah. Sebab itu kita sembah Dia. Sebab kita perlukan Dia.

Sebagai penutup, di sini saya suka mengajak diri saya dan anda sebenarnya, perbaiki niat kita. Jangan rasa terpaksa. Siapa rasa terpaksa, sebenarnya dia tidak bersangka baik kepada Allah S.W.T. Antara sifat Allah S.W.T. adalah adil. Allah S.W.T. tidak pernah memungkiri janji-Nya. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Tapi, kalau kita lihat, manusialah yang sering menzalimi dirinya sendiri.

Kita lihat ya, kalau kita kena buat sesuatu sebab kita perlu, bukankah yang menyuruh kita buat itu sebenarnya amat mengambil berat, amat menyayangi dan amat mengasihi?

Allah S.W.T. dengan pengetahuan-Nya yang tidak terjangkau oleh sesiapa pun, telah memberikan pilihan kepada kita manusia. Dia dah tunjukkan jalan untuk mencapai kesempurnaan hidup, kepuasan hidup tertinggi. Sebab itu Allah tetapkan peraturan, ada yang kena buat, ada yang kena tinggal. Tapi semuanya adalah kerana kita perlukan.

Lihatlah, duduklah, muhasabahlah. Cuba lihat balik arahan-arahan dan tuntutan-tuntutan Allah. Bukankah semua itu sebenarnya memenuhi fitrah, keperluan kita sebagai manusia?

Maka sistem apakah lagi selain sistem Allah S.W.T. yang memenuhi keperluan kita sebagai manusia? Malah, ajaibnya, apa yang Allah suruh ini tidak sahaja membawa manfaat kepada kita sebagai individu, tetapi juga kepada kita sebagai masyarakat, dan masyarakat sebagai sebahagian daripada alam.

Sebab itulah, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan untuk manusia sahaja. Bukalah mata, lihatlah.

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya." (HR Imam Al-Ghazali)

20 comments:

Everything's Everythings said...

Betul tu, solat 5 waktu sehari sebenarnya ada rahsia kejayaan di dunia..

pernah terdengar cerita seorang Habib ni didatangi seorg yg miskin ingin meminta nasihat..
Maka disuruhnya balik dan tunaikan kewajipan solat..

Lepas 2 bulan dia dtg kembali bertemu dgn beliau sambil membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kerana dia telahpun dimurahkan rezeki menjadi kaya lps tu, alhamdulillah.. ^^

Cikgu Ma said...

fitrah manusia perlukan Tuhan...walau sebahagian dari kita hanya ingatkan Tuhan kala susah, masih jelas kita lemah dan perlukan Tuhan...siapa kita untuk angkuh dari menyembahNya...

Nur Afrina said...

Islam adalah agama yang paaaaling mudah. Umatnya saja yang selalu memberatkan agama tu. Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE Maksud dalam solat itu sendiri telah menerangkan segalanya..

"Marilah menuju kejayaan"

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@cikgu_ma benar sekali :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@afrina Insya'Allah :)

Crew Fathi said...

Islam Itu Indah...
Islam Itu Sempurna...

Tiada Agama Lain Sempurna Daripada Islam.. ^_^

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@fathi Benar, :)

hainom OKje said...

Bersyukurlah kita kerana dibukakan hati oleh Allah untuk mengakui ciptaanNya tanpa banyak alasan...

Semoga rahmat, nur dan hidayah oleh Allah berterusan!...

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom_okje Insya'Allah :)

لين Si Pipi Merah said...

Sekali Allah bagi jalan. Memang happylah. Bagi aku, macam hu ha hu ha pun hidup, Islam memang top priority. Kita pasti mati. Macam mana sekalipun taknak alim ke usrah ke ape, Allah tetap Tuhan kita, Islam agama kita. Tapi kayuh pelan pelan lah ye tak yah laju-laju. Even Imam Ghazali pun pesan; cara nak kurangkan makan biar sikit-sikit. If biasa makan 100 suapan, kurangkan kepada 99 suapan, kekallah kamu sampai suatu ketika yang lama, baru leh reduce pergi 98. Bukan 100 terus reduce 10. Melampau. Extreme sangat tuh.Macam itu juga dengan kita, nak berubah ke arah kebaikan. Pelan pelan. Allah will guide us. *Peringatan diri kepada diri sendiri* nice sharing here btw. ^_^

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@lin benar, peringatan untuk diri saya juga :)

siti naqiah said...

Islam agama plg benar, dan hidayah itu Milik Allah :)

piraaa said...

bg saya, org yg ckp susah leceh semua tu adalah org yg tak bersungguh-sungguh. org yg xnak berusaha.

pernah sorg kawan ckp, "ehh, ssah jugak kan pakai tudung ni" sbb mse tu ktorg pegi hiking, lepas tu nak pegi mandi sungai dan sorg lagi kawan terlupa bwk tudung spare.

lps tu saya tak tau mcm mna nak yakinkan dia yg tak susah pun sbnrnya. lps tu ckp kat die sbnrnye tak ssah pun, dah org yg lupe bwk tu yg menyusahkan. org lain igt je, die yg lupe. mujur die diam dan tak balas pape. mungkin dia berfikiran yang sma

haz said...

dalam terpaksa tu lame2 akan menjadi satu kebiasaan jga. semoga kita semmua menjadi insan yang lebih baik dan mengamalkan yang wajib dan sunat dari semasa ke semasa =)

Masmira Masri said...

bagus penerangan awk...jelas...xpayah nk susah2 xplain bila org tanya lg tunjuk jer sini senang citer..ape menda ntah nk soal2 lg....

done follow....jemput singgah n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/09/lovey-dovey.html

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti_naqiah benar :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@piraa tiada yang susah di dalam Islam, cuma bagaimana cara orang itu melaksanakannya sahaja.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@haz Insya'Allah :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@masmira terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...