Adverts

Sunday, September 9, 2012

Kemahiran Berfikir Secara Kritikal

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah selesai menjalani program Critical Thinking di universiti selama 2 hari bermula semalam dan berakhir hari ini. Pelbagai ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui program tersebut. Oleh itu, saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang telah saya perolehi melalui program tersebut.


Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencapai suatu maklumat. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Anda perlu memilih cara yang terpendek ataupun termudah. Kerana tidak semestinya jawapan yang panjang akan menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, kita seharusnya berfikiran secara terbuka (open minded). Sentiasa bertanya terhadap sesuatu perkara yang kita ingin tahu.

Berfikir terbahagi kepada dua iaitu,
  • Secara kreatif
  • Secara kritis


Berfikir secara kreatif ialah penghasilan idea yang baru ataupun asli dan bersifat generatif yang bermanfaat ataupun berguna. Secara ringkasnya, kreatif adalah penghasilan idea baru.

Berfikir secara kritis pula ialah penilaian kemunasabahan sesuatu idea. Seseorang yang berfikir secara kritis tidak akan menerima bulat-bulat sesuatu idea. Mereka memerlukan bukti ataupun fakta bagi menyokong suatu perkara.

"Give someone a fish and they'll eat that day, or teach them how to catch a fish and they'll go hunting."

Melalui pemikiran secara kritikal, seseorang boleh mengenalpasti dan menolak idea yang salah. Seseorang itu juga mampu menilai sesuatu maklumat dengan cara berdisiplin berpandukan pengetahuan dan bukti.


Setiap tindakan yang dilakukan akan mempunyai sebab, dan sebab inilah yang akan mempengaruhi pemilihan dan pertimbangan seseorang itu. Kemahiran berfikir itu adalah skil dan ia bukannya kebolehan seseorang.

Penghalang kepada pemikiran secara kritikal,
  • Keangkuhan
  • Kurangnya perasaan hormat terhadap seseorang
  • Keengganan untuk mendengar
  • Sikap malas

"When we teach and encourage critical thinking, we empower individual lives and invest in our collective future.

Berfikir itu mempunyai hadnya dan menggunakan lebih banyak tenaga berbanding aktiviti fizikal lain. Oleh itu, dinasihatkan supaya kita mengambil makanan yang secukupnya agar otak kita dapat berinteraksi dengan pantas.

12 comments:

babycomel said...

perkongsian ilmu yg baik.. kenapa ada org boleh stress ye walaupun hanya berfikir? penting utk berfikir dulu sblm berkata-kata =) thanks utk ingatan tu

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@babycomel welcome :)

Ini kerana otak kita memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga. Glukosa adalah bentuk gula paling ringkas yang diuraikan daripada karbohidrat. Kadang-kala berfikir memerlukan daya tumpuan yang penuh, jika melebihi hadnya kita akan mudah merasa mengantuk, bosan, mengalah dan sebagainya.

Ain Najwa said...

"think before speak" yup agree.. :)
sebab tu bila terlalu sgt berfikir utk mncapai sesuatu boley menyebabkan migrain..right..?? like me,sudah migrain..(^______^)..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ain Ya benar, tapi dinasihatkan mengambil makanan kerana otak memerlukan glukosa. Migrain nie berlaku abila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Ada pakar-pakar kesihatan yang mengatakan bahawa pengambilan vitamin B dapat mengurangkan migrain.

hainom OKje said...

Wah!!! lepas ni....idea yg keluo...confirm meletop!!! he...he...

Apa pun TQ for sharing.... good info!

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hainom welcome :)

Ain Najwa said...

Vitamin B ey..??..okey thanks..nanti sy search lebih lanjut tentang vitamin B d website..skg sy cuma mkn pill for migrain yg doktor bg jer....

Everything's Everythings said...

Yup,aktifkan sel2 otak kita supaya kita dapat berfikir dgn lebih elok, ;D
Cara aktifkan mcm yg kau ckp tu ambil makanan utk kecerdasan otak, serta bykkan menghafal etc

Thanks for sharing this~
baru tau juga vitamin B boleh elakkan migrain

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@ain sumber rujukan ttg migrain boleh rujuk nutraingredients dan livestrong. Banyak lagi website yang boleh dirujuk.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE Benar sekali :)

siti naqiah said...

ok patotla berfikir tu lebih penat dr aktiviti fizikal, rupenye bnyak gune tenage..hehe tengs sharing =)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@siti naqiah - welcome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...