Adverts

Tuesday, September 4, 2012

Kesilapan Semasa Solat

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi mengenai kesalahan semasa solat samada kita sedari ataupun tidak disedari. Kesilapan seperti ini haruslah dijaga supaya sempurna solat kita. Ilmu yang saya kongsikan ini adalah untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan, supaya kita mengambil perhatian terhadap ibadah kita.

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)


Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi S.A.W. diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Antara kesilapan tersebut adalah seperti :

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan, bagaima mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.

  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah Rukun Qauli, maka ia Wajib dilafazkan kesluruhannya di mulut tanpa meninggalkan satu huruf dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ. Selain itu sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

  • Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah juga merupakan Rukun Qauli yang wajib dilafazkan oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka juga ia boleh membatalkan solat.

  • Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”.

  • “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

  • Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: Muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut; penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).

  • “Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.


  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia wajib dilafazkan oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

  • Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tidak tahu mengapa segelintir manusia suka sangat mengayun tangan semasa i’tidal seperti buaian.

  • Tidak berhenti seketika iaitu i’tidal selepas rukuk.

  • Dada berpaling dari kiblat.

Sumber : SoutulMujahid

14 comments:

ismi nurash said...

subhanAllah..

Everything's Everythings said...

Alhamdulillah, thanks for sharing..
Benda beginilah sepatutnya diletakkan dalam panduan solat yg diajarkan dkt sekolah.

Sebab waktu kecil2 dulu, tak pernah diberitahu tentang berayun2 tgn ketika iqtidal dan tiada tomaqninah dalam solat..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@EE welcome :) Ya, betul. Sepatutnya semasa kecil harus diajarkan solat yang betul dari semasa ke semasa, supaya ketika besar nanti sempurna solatnya.

miss mysterious said...

thanx for the info :)

haz said...

nice sharing. perkongsian yg bgs sebab ramai antara kita termasuk haz skali tak sedar akan kesalahan yg dilakukan semasa solat ni..huu

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@MM & @haz
welcome :)

Nina said...

time baca al fatihah mmg slalu slah,..good info..

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nina ya, antara kesalahan yang sering dilakukan boleh rujuk SINI.

Nabila Aina said...

Alhamdulillah, terima kasih sudi share :) Ia sedikit sebanyak membantu saya untuk memperbetulkan kesilapan dalam solat kerana saya dah tau apa kesalahannya. Syukran jazilan :)


mohon disable captcha tu bg mmudahkan org tinggalkan komen...ni cadangan la. tp smue tu terpulang pada awak sendiri :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nabila 'Afwan :)

Ana aasif, sudah disable captcha ><

Nabila Aina said...

haha, sorry. saya bagi cadangan je sebab saya sakit jantung nak kena type captcha tu banyak kali --" asyik salah je.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@nabila maaf menyusahkan ><

babycomel said...

nampak remeh je kan, tapi itulah yg kerap kali kita buat. xjaga solat dgn betul.. terima kasih utk perkongsian ilmu ni =)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@babycomel Ya, betul. Yang kecil harus dibetulkan sebelum ia menjadi lebih besar. Sama-sama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...