Adverts

Sunday, September 2, 2012

Majilis Rumah Terbuka

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai majlis Rumah Terbuka. Bulan Syawal pastinya tidak sepi dengan pelbagai jemputan ke rumah terbuka sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya. Alhamdulillah semalam berpeluang untuk pergi ke satu jemputan Rumah Terbuka oleh YB Datuk Aziz Kaprawi di Kg Parit Jelutung, Parit Raja, Batu Pahat.

Sempat juga menyalam YB tersebut walaupun tidak beberapa mengenalinya, =.=" Terdapat juga artis jemputan yang dijemput hadir ke majlis Rumah Terbuka iaitu Azlee Senario untuk memeriahkan suasana majlis. Orang yang hadir teramat lah ramai, sehingga susah untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Menyambung tajuk pada hari ini, amalan menjemput tetamu ke majlis yang diadakan adalah sunnah Rasulullah SAW begitu juga memenuhi undangan. Malah, kita semua digalakkan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara- mara, jiran tetangga serta taulan untuk menyambung silaturahim.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Makan dan minum hanyalah sampingan saja kerana yang lebih bermakna ialah menggembirakan tuan rumah dengan kehadiran tetamu memeriahkan majlis mereka. Bagaimanapun, Islam menegaskan tidak wajar membezakan antara tetamu kaya dengan yang miskin sehingga mereka diundang ke majlis berbeza, bahkan diberi layanan berkasta juga walaupun dengan hidangan yang enak.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang kaya saja dan ditinggalkan orang miskin.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Untuk menyenangkan hati tuan rumah, tetamu tidak boleh sesekali menguzurkan diri hanya kerana berpuasa kerana menghadiri majlis rumah terbuka bukanlah semata-mata untuk menikmati juadah.


Jika berpuasa sunat, kita dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala kerana niat berbuka puasa adalah untuk menggembirakan tuan rumah yang bersusah payah menyediakan hidangan. Sebaik-baiknya ialah merancang untuk tidak berpuasa jika menerima jemputan, melainkan puasa qada yang tidak boleh dilakukan pada hari lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang mafhumnya:
“Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Jika kita memahami hakikat memuliakan tetamu seperti yang digariskan Islam, tentulah sebagai tuan rumah kita tidak akan menghampakan mereka dengan menghidangkan juadah terlalu sedikit sehingga tidak mencukupi atau menyediakan makanan syubhah.

Tuan rumah juga perlu menyediakan tempat sesuai untuk tetamu makan dan minum atau bersolat selain jangan terlalu lama membiarkan tetamu menunggu untuk menjamah makanan atau menjamu mereka dengan hiburan melalaikan.


Justeru, rancanglah rumah terbuka sebaik-baiknya supaya mesra syariat, sekurang-kurangnya, seperti Ramadan, Syawal terus membuatkan kita sentiasa beringat.

Alhamdulillah kerana semalam dapat menjamu selera Mee Goreng dan semangkuk Sup Kambing :) Terima kasih kepada YB Datuk Aziz Kaprawi kerana menjemput kami semua. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat kepada YB, Amin. Hari ini, saya ada jemputan juga untuk beraya ke rumah penasihat akedamik saya di UTHM. Anda pula bagaimana?

11 comments:

Crew Fathi said...

wahhh... sedap2... Eh.. selamat hari raya... =)

ismi nurash said...

rumah terbuka salah satu cara utk mengutuhkn silaturahim..kecur tgk mee tu.. :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

hehe, jemput makan :)

Azriff Aziz said...

terbayang makanan bila sebut rumah terbuka ni :) hahaha

#kaki makan kan. hahaha

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@azriff jom ke rumah terbuka xD

لين Si Pipi Merah said...

lapar sudah.. :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@lin hehe, jemput makan~

nur hidayah isa said...

selamat hari raya.mmg suka g rumah terbuka sbb makanan sedap2. hahaha

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@hidayah hehe, betul2 :) sambil mengeratkan silaturahim.

sUke-sUki :D said...

thankz sbb sudi share info ni yer.. bru tahu klu kite pose sunat, kite bleh berbuka klu ad open house =)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

@suke-suki tetapi sebaiknya kalau sudah menerima jemputan, digalakkan untuk tidak berpuasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...